Sunday, February 7, 2010

kesilapan jadikan pengajaran







Tamatla perjalanan kem Bina Insan Guru aku hari ini. Aku rasa banyak yang aku pelajari dalam kem ni. Kem ini sebenarnya adalah Kem yang bermatlamat untuk mendedahkan kepada bakal guru tentang aktiviti out door dan tahu tentang pengurusan aktiviti ini supaya membolehkan kita manfaatkannye sewaktu disekolah.

Walaupun dalam masa 3 hari, namun ia merupakan hari yang sedikit banyak memberi pengalaman dan pengajaran hasil daripada kesilapan yang kadang kala kita melakukannya secara tak sedar. oleh itu, seada-adanya yang mungkin cara memberbaiki kesilapan adalah muhasabah diri dalam membina jati diri sebagai manusia.Bagi pendapat aku, kesilapan tu sesuatu yang biasa bagi seorang manusia. Bak katanya, tiada manusia yang sempurna. Tapi klu kesilapan yang sama berulang-ulang kali payah jugak nak cerita tu...naik angin jugak klu aku...

selain itu, pengalaman hasil kesilapan tu juga boleh kita jadikan sandaran dalam proses kita mematangkan diri.

Secara tak langsung, beberapa perkara yang aku dan orang lain mungkin lupa tapi melalui perkhemahan ini membuka sedikit ruang untuk aku dan rakan-rakan membuka mata dan minda berfikir tentang sesuatu perkara. Antara yang aku dapat kongsikan disini adalah

1. ketaatan kepada ketua
- Ketua adalah orang yang mesti kita hormati. selaku anak buah mesti patuh kepada arahan yang diberikan oleh ketua. Perangai menjawab arahan ketua memang tak sepatutnya berlaku. Oleh itu, seorang ketua mestilah diikuti arahannya selagi ia tidak melanggar syarak.
- Namun, ketua pun haruslah menunjukkan sikap yang matang dalam menghadapi kerenah anak buah bawah jagaannya. Ketua juga perlu bersikap seorang ketua dgn sebaik2nya. jangan mahu diri dihormati ttapi dia tidak menghormati anak buahnya.Disini saling hormat menghormati untuk mewujudkan hubungan antara ketua dengan orang bawahannya.
"Bak katanya, yang tua dihormati, yang muda disayangi"

2. Menepati masa
- Displin yang perlu diterapkan adalah menetapi masa. Dalam perkhemahan masa
merupakan perkara yang perlu diutam tetapi selalu diabaikan. Cuba ubah sikap ini


3. Kerjasama dalam satu kumpulan
- kerjasama memainkan peranan yang penting dalam perkhemahan.


4. Tanggungjawab
- jangan melengah2kan satu tanggungjawab. Kerana tanggungjawab adalah satu amanah

Wednesday, January 27, 2010

RESEPI SPAGHETI GORENG MUDAH...


Saja je nak share masak goreng spageti ni..ari tu masak spageti pastu de lagi lebih mee mentah dia..so..malasla asyik nam masak spageti je...so aku cubala pulak spageti goreng ni...hehehe nak jimatt kos la ni...almaklumla student..masak pun kat dalam rice cookerje... tapi okla kat hostel tak de dapur..klu yang rajin masak tu belila multi cooker tu lagi senang...so resepi mudah...

BAHAN-BAHAN

1. Separuh daripada sepeket spaghetti
(direbus taruk minyak dan garam sikit). ni aku rebus sambil buat asssgment ni.
2. 1 pek sosej giant (RM 2.29)
Ni nak gantikan ayam.
3. 3 sudu cili boh (tahan lama cili boh ni, klu dah buka simpan elok2)
4. 1 ulas bawang besar (dihiris atau dicincang- tak de lesung nak ditumbuk)
5. 4 ulas bawang putih (dihiris halus)
6. Kicap
7. sos tomato atau cili
8. Garam secukupnya

CARA MEMBUAT

1. Tumis cili boh, bawang merah, bawang putih sehingga garing
2. masukkan sos cili n kicap bila bahan tumis tadi dah garing
3. Kemudian masukkan sosej dalam beberapa minit masukkan garam sikit
4. Rasa dah berminyak dan masak cili tu masukkan spagetti yang dah direbus tadi..
5. klu de serbuk atau kiub ayam buh sebagai perisa
6. Pastu rasala cukup garam ke tak??
7. Pastu siapla spageti goreng mudah je..

SELAMAT MENCUBA........

P/S : aku guna bahan LEBIH2 yang de je dalam bilik aku ni...sekali sekala teringin masak, masak la. sedap tak sedap janji hati puas..tapi spageti goreng aku boleh makan sampai 7 orang tau. separuh peket je tu..

Masak ni senang kalu hati kita mmg ikhlas nak masak..klu tak de bende pun kita rasa macam sedap je...sebb hati kita seronok nak memasak...

BAK KATA DE SORANG KAWAN AKU NI..MAKANAN YG AKU MASAK NI SEDAP TAPI BAGI KATEGORI MASAKAN YANG TAK CUKUP BAHAN HEHEHEH...

Monday, January 25, 2010

Resepi ikan talapia stim....

24 Januari 2010

Semalam aku ngn Che Nuridayu gla jalan2 ke tasik UTM. Buat makluman semua kitaorang jalan kaki tau ke tasik UTM tu..Jauh tu..Niat sebenar kitaorang saja nak kasi ikan makan roti expire...Roomate aku tu beli roti banyak22 tapi tak makan. Tapi okla boleh kasi ikan makan. NAk dijadikan cerita dah rezeki kitaorang, kitaorang dapat 3 ekor ikan talapia...uuhhhh kitaorang pun decide nak masak ikan stim...mmg sedap....xhanyir langsung..berebut kita orang makan...rasa macam tak cukup je..oleh tu aku nak share sikitla resepi ikan stim ni kat semua. Mmg sedap....resepi ni resepi bersama2 kawan2 yang masak...ayu, aku, anis n awatif..mudah dan sedap...

Picture 1 : Inilah ikan talapia yang kami dapat dari tasik UTM tu.

BAHAN-BAHAN

1. 3 ekor ikan talapia
2. 2 inci halia
3. 1 buku bawang putih
4. 2 ulas bawang besar
5. 2 biji limau nipis
6. 2 batang serai
7. 5 Cili padi
8. Garam


CARA MEMBUAT

1. Siang ikan talapia sebersih2nya (basuh dengan asam jawa bg hilang hanyir)
2. Kemudia hiris halus memanjang halia, bawang putih, bawang merah
3. Serai diketuk atau kalu suka hiris nipis pun boleh
4. Perah limau nipis dan digaulkan dengan bahan2 hirisan
5. Garam dilumurkan pada ikan talapia
6. kemudian taburkan sedikit bahan hirisan dibahagaian bawah pingan stim, letak ikan dan selebihnya ditaburkan diatas ikan yang tadi sehingga habis bahan hirisan tadi.
7. Kukus ikan sampai isi ikan berwarna putih, pastu boleh dihidang...
8. Klu nak sedap lagi, hiris cili padi pastu letak kicap buat pencicah mmg sedap


Picture 2: Nila kami berebut nak makn ikan stim yang kami masak tu...tak dapat nak tunjuk gambar hasil..sebab tak sabar sagt nak makan..(gelojoh)

CUBA LAAAA..........
P/s: ikan talapia mmg hanyir jadi basuh bersih2 klu boleh lumurnya asam jawa atau limau nipis dan seumpama dengannya biarkan sampai baunya kurang..

Thursday, January 21, 2010

Semuanya aku tak dapat

Dalam dunia banyak benda yang kita nak. nak itu nak ini tapi tak semuanya akan menjadi milik kita. walaupun kita dah merancang untuk memilikinya. Contohnya yang selalu kitaa lihat disekeliling kita de orang yang dah bercinta bertahun2 tapi akhirnya kawin dengan orng yg cuma kita kenali beberapa tahun je. Kita dah berusaha untuk mengekalkan hubungan kita nagn pasangan, berdoa semoga Allah kekalkan hubungan kita ngan kita. Hari2 kita berdoa. Tapi still Allah tak makbulkan doa kita. Kita berpisah juga dengan pasangan kita. De yang larila masa nak kawin, hilangla, de yang lagi sebulan nak kawin meninggal sedih betul kan. Dan disebabkan itu kita menyalahkan takdir yang telah ditetapkan olehNYA. Benarkah begitu dan mengapaa begitu agaknya????????. Samalah juga ngan perkara2 lain yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. jadi ingatlah Sesungguhnya Allah mengetahui di langit dan di bumi. Jika keinginan mu dan doamu dimakbulkan tuhan tanda Allah menyanyaimu jd sentiasalah ingat padaNYA, tetapi keinginan atau doamu lambat dimakbulkan itu tanda Allah ingin menguji mu dan seandainya Allah tidak memakbulkan keinginan hati dan doa mu itu tandanya Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk dirimu. Oleh itu, berpegangla pada janji Allah bahawa setiap perbuatan yang baik akan dibalas dengan ganjaran yang baik juga. Sesungguhnya sabarlah kamu dengan dugaan yang setiap dugaan yang diberikan oleh Allah.

Ni kisahnya ku semalam aku pg berdating nagn sorang mamat ni. seblum ni aku dah penah la berjumpa ngan di. ok jela bagi aku ingat bolehla jadi balak aku hahahahaha. Tapi bila aku dah jumpa dia untuk second time aku rasa dia ni macam tak boleh nak masukla ngan perangai aku. aku lagila xboleh masuk ngan dia. Xde balak lagila aku ni jawab hahahaha. Tapi aku tak kisahla sebb aku yakin de jodoh tak kemana. Tp sebenarnya, tula macam aku tulis kat atas tak semua yang kita nak kita akan dapat. Konon2 nak lelaki yang penyayang, yang caring last2 dapat yang macam kita xnak. Begitu jugala aku ni dan kawan2 aku yang senasib ngan aku hahahaha. Yang penting berdoala semoga kita dapat yang terbaik untuk kehidupan masa hadapan kita..

AKU MASIH INGAT LAGI (kisah lama tak pakai helmet)

22 nov 2007…

Malam ni tinggal aku sorang je budak sph yang tak balik. Bosan btl rasanya duk sorang2 ni tula orng semua balik awal aku tak nak balik awal. Padan la muka aku sendiri. Sebenar aku bukan tak nak balik awal tp baju aku tak basuh lagi dah 2 minggu aku tak basuh baju hahaha. Tp mls2 aku ni baju basuh tangan yer tak basuh mesin.

Pagi….
Pagi td aku bgn 8.55. Bgn2 aku terus msg k.dila nak tumpang printer kat bilik dia. nasibla sebelah kaki dia tak kuar lagi, kalu tak melepas la aku nk ltk printer kat bilik dia hahah. xsempat gosok gigi n basuh gigi plk tu. hahah masa tu kat dila bersalaman aku hahaha nasib dia la aku tak gosok gigi n basuh muka lagi..okla balik kg tu jln elok22 yer…Lpas tu aku mulakan operasi aku mengangkut brg dlm stor. uh mcm nak patah pinggang aku. Kain tak basuh lagi ni besok dah nak balik. Tiket pun tak beli lagi…tawakal jela

Tengahari
Td siang de alin n hera bestla. Aku tgk diorang kemas barang uh barang depa mcm lori sampah bnyk betul. aku tukang tngk je la tak larat aku tolong diorang. Dlam mengemas tu teringin plk budak ni nk makan maggi. nasib baik la aku de lagi 2 bungkus manggi. 1 maggi kari, 1 lgi mggi tomyam. orng de 3 orang. ah msk sekali la tomyam+kari. uh sedap je. smbil2 tu tgk citer my boss my teacher citer korea. Best n lwk tahap mksima. Pengajarn dlm citer yg aku dpt adalah "Teacher, boss n father should be respected" taksif sendiri ye kan dah besar2. Tp tak habis tgk lg citer tu teringat kain yg tak basuh lagi masa tu dah 2.30 tghri mati la kain dah rendam..klu tak basuh tak keringla. tak kering tak balik la aku. nak bawak balik tak larat banyak sgt.

Petang..
Alin masak nasi nak mkn tghri td mkn maggi je. tp lauk plk tak de..Apalagi start motor g cucuk duit, pulang kunci n cari la lauk..aku ambik pucuk manis masak lemak+sambal tauhu goreng+ulam+ayam goreng n sambal belacan. tak sabar nk balik nak mkn. Alin g tgk nasi dia ckp nasi banyak takut tak hbs sebb mlm ni diorang dah nak balik. takut m’bzr plk. nak buat camner dah terbyk. xpela bedal je la..aku pun buka la lauk2 nk mula mkn. uh nasi yg dikatakan banyak tu habis dalam sekelip mata sedap betul mulut kitaorng hahaha…

G beli tiket….
dah pkl 5 tu g la plk beli tiket.. masa on the way n g sri putri tu de sorang mamt xbetul mana bawak lori lepas mn tah muncungkan mulut buat gaya nak cium kitaorg eeeeeee geli je.Perbincangan bermula la dengan pak cik jual tiket tu. Bas yg de pkl 8.30je. uh habisla kain tak kering la..tp aku nekad nk balik jgk. On the nak balik dr sri putri tu ramaila yg hon aku n alin…mamat yg bawak motor pun asyik tgk je aku…apahal la mmat tu nk ngorat aku ker. lps de 2 orang mamat tu bawak motor tgk kitaorang semcm je mcm bagus je. mcm jalan dia je…mmg habisla orng2 yg hon, yg pandang2 tu kena maki apahala kan nk hon aktorang. lps tu sampai pintu pagar UTM kena tahan. Apahal plkkan…lps tu pak guard tu tanyer helmet mn….Ya Allah rupanya aku tak pakai helmet dr sri putri smpai la pagar UTM… patutla diorang duk hon2, duk pandang semcm je..rupanya kau tak pakai helmet. Gila n Malu betulla..Dahla aku ni budget cunnnn.....dahlaaaa jalan besar klu de polis naya je kena saman.

""Pengajarannya sebelum "marah atau maki2 orang tgk dulu diri kita samada kita ni sempurna ker tak""

hehehe kisah lama kadang2 mengigat kebodohan masa muda...namun masa terus beredar kebodohan perlu diajar untuk mengerti kepandaian. Kepandaian perlu didik untuk mengerti kematangan hidup...sepaya semuanya seimbang..