Friday, July 20, 2012

Resepi masak lemak ikan masin dan nenas

So ini gambar ketika dalam periuk ingt nak tunjuk bubble dia ketika mendidih tp tak nampak


so ini yg dah sedia untuk dimakan...



BAHAN-BAHAN

1. Cili padi - 15biji (ikut kepedasan msg2)
2. Cili besar - 2biji (klu xde pun xpe)
3. Bawang putih - 2 ulas
4. Bawang merah - 4 ulas
5. Halia - 1/2 inci pun cukup
6. Kunyit hidup - 1 inci
7. Asam keping - ikut keperluan
8. Serai - 2 batang (dititik)
9. Santan kotak - 1 yang kecil (guna santan fresh sedap lagi 2cawan)
Ikan masin ikan duri/pe2 ikan masin yang kerasla yg xmudah hncur bila dimasak.
    pakai ikan sepat masin pun sedap.
10. Nenas klu yg muda sikit pun boleh.

CARA PENYEDIAAN

1. Kisar bahan 1-6 sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk dan tambah sedikit air biarkan 5minit sbb saya nak bagi bahan kisar tadi masak sikit..klu tak payah xpe kot
3. Kemudian masukkan santan, ikan masin dan nenas (nenas klu nak celur dulu pun bole tp jgn lama nnti hilang kerangupan dia)
4. Biarkan mendidih
5. Kemudian perasakan dengan garam, gula secukupnya.
6. kemudian biar seketika bagi garam meresap dlm makanan
7. Siaplah untuk di hidangkan

P/S :
Hari dengan mood yg mmg nak masak..kbtln semalam housemate i beli ikan masin ikan duri xsalah i  n nenas masak..katanya nak wat masak lemak ikan masin tapi xberapa pandai...sebenarnya i pun xpandai sgt tp penah buatla..so sy decide utk masakla dihari jumaat yg indah ni heheheh..rasanya boleh tahan sedap bila dah makan tau...yum2222...so i share resepi MASAK LEMAK IKAN MASIN DAN NENAS..

No comments:

Post a Comment