BAB
7 : KOMPOS
7.1 Maksud kompos
·
Kompos ialah baja organik
hasil pereputan sisa tanaman, sisa makanan dan najis ternakan.
7.2 Kegunaan kompos
i.
Menyuburkan tanah
ii.
Mengantikan baja kimia
iii.
Memperbaiki struktur
tanah
iv.
Memperbaiki saliran dan
pengudaraan medium
7.3 Bahan untuk menghasilkan kompos
Bahan
|
Contoh
|
Fungsi
|
Sisa tanaman
|
Batang jagung, jerami
padi, rumput, lalang, dahan pokok dan lain-lain sisa tanaman
|
Bahan utama kompos
|
Sisa makanan
|
Kulit buah-buahan,
sisik ikan, kulit udang dan lain saki baki makanan
|
Bahan utama kompos
|
Najis ternakan
|
Najis lembu, najis
ayam, najis kambing
|
Mengandungi
mikroorganisma untuk membantu dan mempercepatkan proses pereputan
|
Kapur
|
Kapur tohor, kapur mati
atau dolomite
|
Membantu meneutralkan
keasidan kompos dan membantu pembiakan mikroorganisma
|
7.5
Pembinaan
Kompos
·
Sediakan tempat pembinaan kompos :- dikawasan
lapang atau bekas yang luas
·
Saiz kompos :- 1.5 m lebar dan 1.2 m tinggi
7.6
Langkah pembinaan
1.
Bina selapisan bahan kasar (10-15 cm) sebagai tapak
(tapak
berfungsi untuk memperbaiki saliran dan pengudaraan)
2.
Diatas tapak letakkan sisa makanan seperti kulit
udang, kulit buahan setebal 10-15 cm
3.
Kemudian taburkan selapisan kapur
4.
Diatas lapisan letakkan selapisan sisa makanan lagi
seperti dalam langkah 2
5.
Diikuti dengan selapisan najis ternakan setebal 2.5
cm
6.
Ulangi langkah 2,3,4 dan 5 sehingga mencapai
ketinggi 1.2 m
7.
Siram timbunan dengan sisa tumbuhan seperti lalang,
rumput, batang jagung atau lain-lain untuk mengelakkan sejatan dan air hujan
berlebihan masuk.
7.7
Menguji kejayaan kompos
- Selepas 4-5 hari.
- Cucuk kayu penguji di tengah-tengah timbunan kompos selama 10-15 minit. (rujuk rajah 2)
- Keluarkan kayu penguji dan rasa dengan tangan. Sekiranya :
Keadaan Batang kayu
|
Keterangan
|
Tindakan
|
Panas
dan lembap
|
Menunjukkan bahan kompos sedang mengurai
|
Biarkan proses pereputan berlaku
|
Kering
dan sejuk
|
Menunjukkan bahan kompos tidak terurai
|
Bina semula kompos
|
Panas
dan kering
|
Timbunan kompos memerlukan siraman air
|
Siram kompos dengan air
|
7.8
Pengurusan kompos
1.
Selepas 4 minggu, timbunan perlu dibalik-balikkan,
digaul dan dibina semula supaya proses pereputan berlaku secara rata dan
sempurna serta memperbaiki saliran dan pengudaraan.
2.
Timbunan diuji lagi selepas 4-5 hari
dibalik-balikkan
3.
Biarkan 4-5 minggu lagi.
4.
Kompas yang telah dibuat dengan baik berwarna
hitam, tidak berbau dan semua bahan reput dengan sempurna.
thx for the infoo~
ReplyDeleteSebulan juga lah nak buat
ReplyDelete