Friday, July 20, 2012

Resepi masak lemak ikan masin dan nenas

So ini gambar ketika dalam periuk ingt nak tunjuk bubble dia ketika mendidih tp tak nampak


so ini yg dah sedia untuk dimakan...



BAHAN-BAHAN

1. Cili padi - 15biji (ikut kepedasan msg2)
2. Cili besar - 2biji (klu xde pun xpe)
3. Bawang putih - 2 ulas
4. Bawang merah - 4 ulas
5. Halia - 1/2 inci pun cukup
6. Kunyit hidup - 1 inci
7. Asam keping - ikut keperluan
8. Serai - 2 batang (dititik)
9. Santan kotak - 1 yang kecil (guna santan fresh sedap lagi 2cawan)
Ikan masin ikan duri/pe2 ikan masin yang kerasla yg xmudah hncur bila dimasak.
    pakai ikan sepat masin pun sedap.
10. Nenas klu yg muda sikit pun boleh.

CARA PENYEDIAAN

1. Kisar bahan 1-6 sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk dan tambah sedikit air biarkan 5minit sbb saya nak bagi bahan kisar tadi masak sikit..klu tak payah xpe kot
3. Kemudian masukkan santan, ikan masin dan nenas (nenas klu nak celur dulu pun bole tp jgn lama nnti hilang kerangupan dia)
4. Biarkan mendidih
5. Kemudian perasakan dengan garam, gula secukupnya.
6. kemudian biar seketika bagi garam meresap dlm makanan
7. Siaplah untuk di hidangkan

P/S :
Hari dengan mood yg mmg nak masak..kbtln semalam housemate i beli ikan masin ikan duri xsalah i  n nenas masak..katanya nak wat masak lemak ikan masin tapi xberapa pandai...sebenarnya i pun xpandai sgt tp penah buatla..so sy decide utk masakla dihari jumaat yg indah ni heheheh..rasanya boleh tahan sedap bila dah makan tau...yum2222...so i share resepi MASAK LEMAK IKAN MASIN DAN NENAS..

Thursday, July 19, 2012

NOTA KHB : KOMPOS


BAB 7 : KOMPOS

7.1   Maksud kompos
·         Kompos ialah baja organik hasil pereputan sisa tanaman, sisa makanan dan najis ternakan.

7.2   Kegunaan kompos
i.                                Menyuburkan tanah
ii.                              Mengantikan baja kimia
iii.                            Memperbaiki struktur tanah
iv.                             Memperbaiki saliran dan pengudaraan medium

7.3   Bahan untuk menghasilkan kompos
Bahan
Contoh
Fungsi
Sisa tanaman
Batang jagung, jerami padi, rumput, lalang, dahan pokok dan lain-lain sisa tanaman
Bahan utama kompos
Sisa makanan
Kulit buah-buahan, sisik ikan, kulit udang dan lain saki baki makanan
Bahan utama kompos
Najis ternakan
Najis lembu, najis ayam, najis kambing
Mengandungi mikroorganisma untuk membantu dan mempercepatkan proses pereputan
Kapur
Kapur tohor, kapur mati atau dolomite
Membantu meneutralkan keasidan kompos dan membantu pembiakan mikroorganisma


7.5   Pembinaan Kompos
·         Sediakan tempat pembinaan kompos :- dikawasan lapang atau bekas yang luas
·         Saiz kompos :- 1.5 m lebar dan 1.2 m tinggi 

7.6   Langkah pembinaan
1.       Bina selapisan bahan kasar (10-15 cm) sebagai tapak (tapak berfungsi untuk memperbaiki saliran dan pengudaraan)
2.       Diatas tapak letakkan sisa makanan seperti kulit udang, kulit buahan setebal 10-15 cm
3.       Kemudian taburkan selapisan kapur
4.       Diatas lapisan letakkan selapisan sisa makanan lagi seperti dalam langkah 2
5.       Diikuti dengan selapisan najis ternakan setebal 2.5 cm
6.       Ulangi langkah 2,3,4 dan 5 sehingga mencapai ketinggi 1.2 m
7.       Siram timbunan dengan sisa tumbuhan seperti lalang, rumput, batang jagung atau lain-lain untuk mengelakkan sejatan dan air hujan berlebihan masuk. 
 
7.7   Menguji kejayaan kompos
  1. Selepas 4-5 hari.
  2. Cucuk kayu penguji di tengah-tengah timbunan kompos selama 10-15 minit. (rujuk rajah 2)


Rajah 2 : Cara menguji timbunan kompos menggunakan kayu

  1. Keluarkan kayu penguji dan rasa dengan tangan. Sekiranya :

Keadaan Batang kayu
Keterangan
Tindakan
Panas dan lembap
Menunjukkan bahan kompos sedang mengurai
Biarkan proses pereputan berlaku
Kering dan sejuk
Menunjukkan bahan kompos tidak terurai
Bina semula kompos
Panas dan kering
Timbunan kompos memerlukan siraman air
Siram kompos dengan air

7.8   Pengurusan kompos
1.       Selepas 4 minggu, timbunan perlu dibalik-balikkan, digaul dan dibina semula supaya proses pereputan berlaku secara rata dan sempurna serta memperbaiki saliran dan pengudaraan.
2.       Timbunan diuji lagi selepas 4-5 hari dibalik-balikkan
3.       Biarkan 4-5 minggu lagi.
4.       Kompas yang telah dibuat dengan baik berwarna hitam, tidak berbau dan semua bahan reput dengan sempurna.