Thursday, May 2, 2013

Nota KHB masakan (Ting 2)


BAB 4: MASAKAN
A.      PERANCANGAN MENU
-          Menu ialah suatu senarai hidangan yang lengkap untuk sesuatu hidangan.

-          Tujuan utama merancang sesuatu menu:
a.       menyediakan makanan yang berkhasiat, menarik, seimbang dan menyelerakan.
b.      menjimatkan tenaga, kos, bahan makanan dan masa penyediaannya.
c.       Mengelakkan pembaziran perbelanjaan.

  B.   FAKTOR MERANCANG MENU 
Bil
Faktor merancang menu
Penerangan
1.
Tujuan Sajian

samada untuk majlis formal atau tidak formal

2.
Keperluan
Fizikal  
bekalan nutrien untuk setiap individu ikut umur, jantina, pekerjaan

3.
Kegemaran
Individu

individu mempunyai selera yang berbeza

4.
Keseimbangan
Hidangan
variasi warna, bau, rasa, kaedah dan tekstur

5.
Sumber  
kewangan, bahan segar, tenaga kerja, masa dan kemahiran

6.
Bilangan
Tetamu

kuantiti makanan  bergantung kepada bilangan tetamu  yang hadir

7.
Perbelanjaan

kos perbelanjaan bahan mentah, upah, liabiliti


C.      MAKSUD HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP
1.       Hidangan yang mempunyai semua nutrien yang lengkap untuk tubuh badan.

D.      CONTOH HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP
1.       Nasi goreng, mee goreng, bihun sup
2.       Burger, pizza, speghati, pasta, hot dog
3.       Nasi kerabu, lontong, laksa Sarawak

        E.   ALATAN DAN KELENGKAPAN DAPUR
1.       Penggunaan alatan dan kelengkapan dapur yang sesuai akan memudahkan proses penyediaan makanan.
2.       Alatan kelengkapan dapur secara umumnya terbahagi kepada 3 peringkat:
a.       Semasa penyediaan memasak
b.      Semasa memasak
c.       Semasa menghidang
                                                                             
         F.   ETIKA MAKAN
1.       Merupakan peraturan atau tatacara yang baik dan perlu diamalkan semasa makan di meja makan.

         G.  ADAB DAN SOPAN YANG PERLU DIAMALKAN SEMASA MAKAN:
1.       Duduk dengan postur yang baik. Badan tidak membongkok dan kaki dirapatkan.
2.       Letakkan napkin atau servit di atas riba.
3.       Tunggu semua orang berada di meja makan sebelum mula makan.
4.       Selalu layan tetamu atau orang yang lebih tua sebelum mula makan.
5.       Ambil makanan yang secukup sahaja supaya orang lain juga dapat rasainya.
6.       Suap makanan sedikit demi sedikit ke mulut. Jangan makan dengan gelojoh
7.       Kunyah makanan dengan perlahan tanpa membuka mulut.
8.       Jangan bercakap apabila mulut penuh dengan makanan.
9.       Berbual dengan lemah lembut dan cakap tentang perkara yang baik sahaja.
10.   Elakkan daripada berdiri untuk mengambil makanan. Minta bantuan orang yang berdekatan untuk menghulurkan makanan tersebut.
11.   Jangan tiup makanan yang panas. Biarkan makanan sejuk dahulu.
12.   Gunakan kutleri dengan betul dan rapatkan setelah selesai makan

No comments:

Post a Comment