JOM JALAN KE KUCHING
Kali ini jom ke
kuching….Kali ni i nak share sikit tempat menarik yg
telah dilawati di sekitar kuching..sbnr bnyak tempat lagi utk dilawati tp tak sempat pergi sbb kesuntukkan masa.. Antara tempat menarik yang boleh dilawati ialah kampung Budaya, Taman Buaya, Taman Orang Utan Semenggoh n bnyk lagi.
I ke kuching ngn member, kami g berdua je..time
goodfriday..sarawakkan ada cuti goodfriday..so kmi pg naik flight dr Bintulu ke Kuching..tiket ni beli lama dah, Jun 2011 masa tu ada promotion rm 60 pegi
balik Kami travel April 2012 baru2 ni. Jadi klu nak bercuti naik flight rajin2
check air asia, kot2 kena pada masa ade promotion…
Sampai sana kami sewa keta sendiri malas nak naik teksi…keta
sewa ni i dapat daripada internet. Seminggu sebelum tu dah call dia n
bincang tentang harga..bolehla xmahal sgt n org yang hantar pun ok..org kata
mesra pelanggan..ari tu kita orng sewa viva manual RM 80 sehari..sepatutnya RM
160la kan sbb 2hari..tp sebab hari ahad yg kitaorang balik awal pagi so kira
xsampai 2hari penuh jd minta kurang…bagusnya dia bagi kami byr kurang sikitla tp xingt berapa
sbb my friend yg settle. Ini I share laman webnya http://cutidikuching.com/perkhidmatan-kami/kancil-850-ex/
Bab jalan kuching ni mmg outla..tp kami mengharapkan
GPS jela tp GPS kadang out juga. Sampai 3-4 kali sesat jalan. Jadi ikut
instinct jugala klu rasa dah serabut sgt ..Tp xdela sesat sampai xjumpa
jalan pulang. Kalau penginapan pulak mmg bnyak hotel kt sana..tp I pilih
Merdeka palace...booking awal2 la..
Terus ketempat-tempat yang menarik di kuching
Kat airport kuching ada satu kaunter Cuti2 Malaysia boleh minta map kat situ..tanya je mana2 staf dia nak minta map..dia akan tunjuk..then keta sewa pun I suruh hantar kat aiport
Kat airport kuching ada satu kaunter Cuti2 Malaysia boleh minta map kat situ..tanya je mana2 staf dia nak minta map..dia akan tunjuk..then keta sewa pun I suruh hantar kat aiport
.
Tempat pertama tuju ialah check in hotel at
Merdeka Palace
Situasi di lobi..lobi cantik..i suka..awal2 dh berpuluh pic kat lobi sahaja
Lepas rehat2 dan solat..tempat yg kami pegi
ialah Waterfront Kuching…tempatnya biasa je..ramai jugak orang duk beriadah
bersama keluarga kat situ..untuk rehatkan minda n badan sekejap best juga.
Inilah situasi di Waterfront Kuching
Dekat waterfront tu jugak ada di sediakan sampan
kecil untuk kita keseberang sungai..Hanya bayar RM 1 Ada apa kat seberang
sungai tu??..ada orang jual kek lapis lupa nama2 kedai dia. Tempat ini adalah tempat wajib klu g ke
kuching ni..tp pengajarannya jgnla pegi waktu pukul 4-5ptg panas yang amat..klu
nak sedap pergila waktu malam sbb sampan kecil tu akan beroperasi sampai pukul 12malam. Tapi nnti korang update sendirila takut waktu berubah.
Sampan yang digunakan dia pakai enjin bukan dayung tangan sahaja
Ni view dr seberang sungai
Diseberang sungai inilah banyak terdapat kedai yang menjual kek lapis sarawak macam2 jenis kek ada..ada banyak kedai lagi
Dah panas sgt xtahan kami masuk mall dia kat
parkson utk sejukkan badan sekejap..dekat2 situ gakla..beli jugala 2-3 helai baju..
Pakson berdekatan dgn waterfornt
Pastu teruskan ke tempat wajib seterusnya yg di
kenali sebagai Tugu Kuching. dekat je dr mall igtkan jauh siap buka GPS
je…pakai kaki sampai dr mall tu haha…tak adalah gah seperti yg digambarkan oleh
akal fikiran I ni hehe..tp oklah dah kata mmg niat nak tgk tempat orgkan..
Tugu kucing kebanggaan rakyat sarawak..ramai org datang tempat ni..duk berposing. Tugu kucing ini terletak di bulatan yang berhampiran dengan Sarawak Plaza, Parkson, Grand Margherita
Kemudian jalan sekitar tu je..xde pe2 pun…
Jalan2 nampak TOPSPOT tempat makanan laut yang best. so mlm dah aim nak g tempat ni..kawasan situ2 juga.
Malam
nak makan kat TOPSPOT ni mmg wajib g untuk pengemar makan laut..tapi hari
pertama xg pun xlarat sgt. Balik tido terus. Makan biskut je..tp malam kedua dapat
p sekejap.. mak aiii mmg meriah tp kami mkn biasa2 je xde selera sbb penat.
Then hari keesokkan harinya kami rancang ke
Serikin dimana bersempadan dengan indonesia. klu g serikin pegila pagi xla
panas sgt..tp ari kita g lambat bab sarapan dulu..gerak dr hotel pukul 8.30
pastu sesat sampai pusing Bandar 3-4kali hmpir sejam..pastu sampai dah pukul
nak dekat pukul 10..tempat membeli belah wajib klu ke kuching..mak aiii g sini spentla
duit banyak..xcukup duit rasa berborong…mcm2 de..dia lebih kurang mcm kat wakaf
che yeh kt Kelantan tu..klula xmikir balik naik flight mmg pulun
habis jwbnya..
Ikut signbord ke BAU/KG SERIKIN kat GPS xdapat search nak ke serikin. so kami ikut GPS sikit mana yang boleh dan tanya org jugala jln nak serikin ni. Sbb jauhla juga lebih kurang 1 jam la dr Bandr kuching takut jugak terlajak kemana2 nnti payah pulak
Nah ambik ko bershopping xigt penuh tangan ngn barang
Balik tu igt nak terus g muzium tp balik dulu la
hotel..pastu ptg sikit dlm pukul 4 br g muzium sempat lagi tu..pastu pusing2
igtkan muzium tu jauh..sbb ikut GPS tu pusing2 tah kemana last jumpala muzium
tu…rupa2 muzium tu sebelah je ngn hotel Merdeka Palace tu…pastu dah tutup pulak
mmg rasa menyesal sgtla..klu tahu sedekat tu balik dr serikin tu terus je g
dekat sgt jln kaki pun boleh..dahla time tu ada pameran…tapi xpela menyesal mcm
mn pun perjalanan mesti diteruskan.
so kawan2 yang nak pegi jln jgn lupa dan i igtkan muzium ini bersebelahan dengan hotel MERDEKA PALACE ye.
Tempat terakhir yg kami pergi sebelum balik ialah ke pasar satok..tempat wajib
lawat jugak ni..mcm2 de..pasar yg jual ikan terubuk murah222 crila disini..n
kek lapis serta barang kraftangan..buah2..makanan...semua ada..
Antara barang kraftangan yg di jual mcm2 ada..
Lepas dr Pasar satok kami makan then g ke waterfront untuk menikmati pemandangan di waktu malam..pastu g stadium sarawak nak tgk SARAWAK vs KELANTAN utk pertandingan bola sepak..tp time kami sampai permainan dah habis (ini perancangan last minit)...tp utk makluman, kami dapat jumpa ngn pemain kelantan n sempatla berborak dengan diorang sbb dia duk hotel yang sama ngn kami..berborak xigt dunia macam dh knl lama..siap ajak lepak makan sekali tp kami segan lgpun kami anak dara sunti tau..kena jual mahal sikit hehehe..
Jadi SELAMAT BERJALAN UNTUK SAHABAT-SAHABAT yang membaca