Friday, February 1, 2013

RESEPI SAMBAL UDANG PETAI & KHASIAT PETAI

RESEPI SAMBAL PETAI UDANG

 Tengah mendidih memang tidak sabar nak tunggu masak yum..
 


BAHAN-BAHAN

  1. Udang - lebih kurang 500g 
  2. Petai - 5 atau 6 papan lagi banyak lagi sedap
  3. Cili kering - 20 tangkai (direbus kemudian dikisar)
  4. Bawang merah - 5 ulas (dikisar)
  5. Bawang besar - 2 biji (1 biji dikisar, 1 biji lagi dihiris bulat)
  6. Bawang putih - 4 ulas (dikisar)
  7. Halia - 1 inci (dikisar)
  8. Air asam jawa - satu cawan 
  9. Minyak masak - 4 sudu (lebih kurang je untuk menumis)
  10. Gula dan garam secukup rasa

LANGKAH MEMASAK

  1. Bersihkan semua bahan masakan (makanan yang bersih itu sangat penting)
  2. Kisar cili kering yang telah direbus 
  3. Kemudia kisar bawang merah, bawang besar, halia bawang putih 
  4. Panaskan minyak tumiskan bawang yang telah di kisar sehingga kekuningan barula masukkan cili kering. 
  5. Setelah masukkan cili kering, masak sehingga cili pecah minyak barula betul masak
  6. Kemudian masukkan udang, petai, dan hirisan bawang besar
  7. Kemudia air asam jawa, gula dan garam.
  8. Didihkan sebentar sbb udang xboleh masak lama2 nnti masinnya hilang.
  9. Siap, mudah dan lazat
Sedia dihidangkan 

KHASIAT PETAI 

Petai  merupakan salah satu jenis ulam-ulaman yang sangat baik untuk dimakan. Antara khasiat petai ialah 
  1. Mencuci buah pinggang. Oleh sebab itu, lepas makan petai mesti minum air dengan banyak dan kalau kita minum air banyak baunya pun kurang (hehehe)
  2. Dapat menurunkan berat badan..betul krn saya seorang kuat makan tapi badan saya jarang naik mungkin sebab banyak makan ulam-ulaman juga termasuk petai..Sebab petai sgt baik untuk proses penghadaman kerana ia mengandungi banyak serat
  3. Mengurangkan stress ini melalui kajian. Mungkin betul kerana saya jarang terlalu stress..sbb klu stress saya akan makan banyak makan sambal petai..then saya akan rasa rileks
  4. Menghindar daripada strok
  5. Menurun kemungkinan mendapat tekanan darah tinggi 
  6. mengetatkan vagina..ini pengalaman ibu kepada sahabat saya..beliau menjalankan ujian dengan doktor then doktor cakap dengan beliau makan apa..sbb bahagian sulit beliau masih cantik walaupun sudah beranak 10 dan anak dah besar2 pun..rahsia dengan makan banyak ulam-ulaman termasuk petai 
  7. Sebenar banyak lagi khasiat petai seperti mengurang Amenia, menghilangkan kegatalanya gigitan nyamuk dan lain2 lagi 
---SEKADAR  BERKONGSI RESEPI, ILMU DAN PENGALAMAN ORANG SEKELILING--
-SELAMAT MENCUBA-

No comments:

Post a Comment