Friday, February 1, 2013

RESEPI SAMBAL UDANG PETAI & KHASIAT PETAI

RESEPI SAMBAL PETAI UDANG

 Tengah mendidih memang tidak sabar nak tunggu masak yum..
 


BAHAN-BAHAN

  1. Udang - lebih kurang 500g 
  2. Petai - 5 atau 6 papan lagi banyak lagi sedap
  3. Cili kering - 20 tangkai (direbus kemudian dikisar)
  4. Bawang merah - 5 ulas (dikisar)
  5. Bawang besar - 2 biji (1 biji dikisar, 1 biji lagi dihiris bulat)
  6. Bawang putih - 4 ulas (dikisar)
  7. Halia - 1 inci (dikisar)
  8. Air asam jawa - satu cawan 
  9. Minyak masak - 4 sudu (lebih kurang je untuk menumis)
  10. Gula dan garam secukup rasa

LANGKAH MEMASAK

  1. Bersihkan semua bahan masakan (makanan yang bersih itu sangat penting)
  2. Kisar cili kering yang telah direbus 
  3. Kemudia kisar bawang merah, bawang besar, halia bawang putih 
  4. Panaskan minyak tumiskan bawang yang telah di kisar sehingga kekuningan barula masukkan cili kering. 
  5. Setelah masukkan cili kering, masak sehingga cili pecah minyak barula betul masak
  6. Kemudian masukkan udang, petai, dan hirisan bawang besar
  7. Kemudia air asam jawa, gula dan garam.
  8. Didihkan sebentar sbb udang xboleh masak lama2 nnti masinnya hilang.
  9. Siap, mudah dan lazat
Sedia dihidangkan 

KHASIAT PETAI 

Petai  merupakan salah satu jenis ulam-ulaman yang sangat baik untuk dimakan. Antara khasiat petai ialah 
  1. Mencuci buah pinggang. Oleh sebab itu, lepas makan petai mesti minum air dengan banyak dan kalau kita minum air banyak baunya pun kurang (hehehe)
  2. Dapat menurunkan berat badan..betul krn saya seorang kuat makan tapi badan saya jarang naik mungkin sebab banyak makan ulam-ulaman juga termasuk petai..Sebab petai sgt baik untuk proses penghadaman kerana ia mengandungi banyak serat
  3. Mengurangkan stress ini melalui kajian. Mungkin betul kerana saya jarang terlalu stress..sbb klu stress saya akan makan banyak makan sambal petai..then saya akan rasa rileks
  4. Menghindar daripada strok
  5. Menurun kemungkinan mendapat tekanan darah tinggi 
  6. mengetatkan vagina..ini pengalaman ibu kepada sahabat saya..beliau menjalankan ujian dengan doktor then doktor cakap dengan beliau makan apa..sbb bahagian sulit beliau masih cantik walaupun sudah beranak 10 dan anak dah besar2 pun..rahsia dengan makan banyak ulam-ulaman termasuk petai 
  7. Sebenar banyak lagi khasiat petai seperti mengurang Amenia, menghilangkan kegatalanya gigitan nyamuk dan lain2 lagi 
---SEKADAR  BERKONGSI RESEPI, ILMU DAN PENGALAMAN ORANG SEKELILING--
-SELAMAT MENCUBA-

JOM KE GUA NIAH

SALAM SEJAHTERA saya nak share sikit tentang pengalaman ke Gua Niah ataupun orang tempatan panggil Batu niah...jom

untuk makluman sy ni dari bintulu..jadi sy cerita skit perjalanan dari bintulu ke gua niah la..so mana2 yg dr semenanjung boleh turun flight di Bintulu atau di Miri untuk ke gua niah ni..Ini kerana gua niah ni terletak di antara jalan Miri - Bintulu..dekat je lebih dalam 2jam dari bintulu dan 1jam 15minit dari miri..dr miri lebih dekat. kalu ke sarawak selain kuching tempat yang menarik adalah MIRI..bg saya la...sebb dari MIRI boleh ke BRUNEI terus..dekat je dalam 2 jam boleh sampai. Yang penting buku merah jangan lupa bawa..moga belum tamat tempoh hahaha..kaka n zizan..so klu dari semenanjung lebih molek turun di MIRI..hehe ni cerita pasal GUA NIAH la..


OK macam nak ke Gua Niah...sewa ketala, naik teksi pun boleh..jalan nak ke Gua Niah ni senang je..klu GPRS pun ada..tapi macam mana pun kena tanya2 orang juga klu rasa cam dah lost..sebb xbanyak singboard sgt...

Apa yang menarik di Gua Niah? Bagi Pencinta Alam seperti sy mmg saya suka ngan kawasan hutan yang menyamankan..Di Gua Niah ada 4 gua iaitu yang bersambung tapi saya masuk satu je iaitu gua Trader's Cave..sebab masa tidak mengizinkan.

Kalu nak pegi pagi2 dalam pukul 8 dah boleh mula..sebb keluar2 dari gua takut dah gelap..macam kami sampai lambat..jadi kami masuk satu gua jela..Lebih elok pakai kasut, baju, air, sapu tangan yang bersesuaian..n bawa baju spare ye..kwn saya pakai selipar je..dia ingt dekat je trek dia nah ambik sampai tercabut2 selipar..klu nak masuk gua yang lebih dalam jangan lupa bawa lampu suluh ye..

Bayaran RM 10.00 seorang utk dewasa n kanak2 xigt berapa..mungkin RM 5 camtu..pastu kena naik boat untuk ke seberang sungai RM 1.00seorang.

1.Pintu masuk utama (selamat datang)


2. HEADQUARTERS (kaunter pertanyaan dan pembayaran)



 3. JETI UNTUK KE SEBERANG
 
Kadar tambang (RM1.00 dari pukul 7 pagi - 5.30 ptg dan 5.30 - 7.30 ptg   RM 1.50)


Hati2 ada buaya heheh
 

4. MUZIAM ARKEOLOGI NIAH (ni kat seberang boleh masuk dan tgk ada artifak lama dan pameran)



5. TREK AREA
 (3 KM atau lbh tapi jauhla jugak sebelum sampai ke gua tapi memang menyegarkan dan nyaman)


6. JUALAN CENDERHATI DAN AIR
 (xsangka saya ditengah-tengah perjalanan ke gua, boleh beli air juga)


7. PINTU MASUK KE GUA DAGANG (wah akhirnya sampai juga..)
 




--SELAMAT BERJALAN --
AKU PECINTA ALAM