Dengan hati sedikit ralat kerana
tidak dapat menghabiskan masa yang banyak di Kundasang…separuh hari di
Kundasang langsung tidak mencukupi…paling2 anda perlu menginap di
Kundasang…seriously tempatnya memang menenangkan..sejuk dan nyaman..so I
sharela sikit tempat yang anda boleh pergi di Kundasang…ada tempat yang saya
plan nak pergi tapi tak sempat nak pegi...
On the way ke kundasangan anda boleh singgah
di RUMAH TERBALIK. Rumah ini memang di bina terbalik..Kami hanya
tengok dari luar je tak masuk pun..kalau nak masuk bayar RM 12.00 kalau tidak
salah saya..tapi kami adik beradik kejar masa untuk ke Kundasang..so kami
decided tak payah masuk tengok je dari luar.. Ramai jugak orang yang datang ke
sini untuk melihat keunikan rumah terbalik..Maaf ye tak dapat story apa yang
ada di dalamnya.
Kemudian kami berhenti di satu
pekan sebelum sampai Ke Kundasang…Nama pekan tu PASAR KUNDASANG…Wah kami bernasib baik walaupun dah lambat dalam
pukul 10 masih berjaya menikmati permandangan gunung kinabalu..Kata pakcik kat
situ..kalau lambat dan nasib tidak baik sikit je..xdapatla tengok puncak gunung
kinabalu..memang betul baru pukul 10.30pg awan dah mula menutupi puncak gunung
kinabalu..Nak kata rezeki kamila tu hehehe..Kat sini juga ada deretan gerai dan
banyak gerai menjual kraftangan dan cenderahati…
nah beronok-ronok kami adik beradik hahahha
Seterusnya kami singgah makan di PEKAN RANAU... sambil menikmati
keindahan pekan ranau..tak banyak yang boleh di ceritakan…nikmati aja..
TAMAN KINABALU wah..sangat-sangat segar rasanya..hahahah mmg best
sangat..udara yang segar dan nyaman..Masuk taman bayar k..saya tak ingat berapa
mungkin dalam RM 4.00 kalau saya tidak silap..tapi tiket ini jangan hilangkan
sebab kalau anda nak ke PORING HOT SPRING nnti pun kena bayar….Tetapi tiket di
Taman Kinabalu boleh guna untuk masuk ke Poring Hot Spring nnti..Kalau tidak
anda perlu bayar semula..jadi simpan tiket tu..
Perjalanan diteruskan ke PORING HOT SPRING. Ini adalah tempat
bermandi manda, air terjun dan ada kolam
air panas..ada macam-macam lagi.. Banyak kawasan
yang boleh dilawati kat sini.Tapi penat ooo nak pusing habis tempat ni..kalau nak ke air terjun
atau gua pastikan bawak baju spare hehehehe..
DAIRY FARM… Tempat ternakan lembu…diorang cakap macam berada di New
Zealand tau..nak sangat pergi tapi tidak kesampaian kerana betul-betul kesuntukan masa..jadi anda kalau
berkesempatan jangan tak pergi k..mesti pergi..kami hanya menikmati pemandangan
dari jauh je hehehe
KOLAM IKAN RANAU..ini pun antara tempat yang nak saya pergi tapi
tidak juga kesampaian..tapi takpe itu tandanya mesti kena datang lagi kundasang
untuk kali kedua..
Itu sahaja yang dapat dikongsikan..jadi kalau
datang ke Kundasang paling-paling tidola sehari dua k..banyak hotel yang ada
dekat situ..dan nikmatilah kesegaran udara di kundasang..menurut maklumat
pakcik yang bawak saya dan adik2..bila malam sgtla sejuk..dan bila bangun pagi
boleh lihat keindahan gunung kinabalu…wahhhhh bestnya…nak ke sana lagi…
andai ada tersalah silap dalam entri ini..maafkanlah akan diperbaiki dari masa ke semasa...SALAM RAMADHAN..SEMOGA SENTIASA DIBERKATINYA DIMANA SAHAJA KITA BERADA..AMIN...