Saturday, March 5, 2011

Perjalanan ke MIRI

Pada minggu cuti sekolah yang lepas 31 Januari - 2 Febuari 2011 merupakan pengembaraan pertamaku di bumi Sarawak..Aku mmg takkan lepaskan peluang masa cutiku.Walaupun tanpa duit yang cukup tapi aku nekad aku tetap dengan keinginan aku untuk melawat salah satu tempat di Sarawak ni...

Pengembaraan pertamaku adalah ke MIRI..bersama kengkawan sekolahku K.ma, Azida, Sarini dan aku. Kami memulakan perjalanan dari Bintulu tepat pada pukul 8 pagi..hari yang mendung, tapi kenderaan berat kurang..Biasala ini jalan baru yang menghubungkan MIRI ke BINTULU jadi sudah semestinya ramai orang akan menggunakan jalan ini berbanding ngan jalan lama nak ke bintulu..aku tak penah lalu lagi tapi diorang kata jalan lama tu mmg teruk almaklumlah laluan kenderaan berat...Jalan baru pun stuktur jalan tak berapa best apalagi kalu jalan lama...

Perjalanan menggunakan kereta mengambil masa selama 2 jam 30 minit..not to bad..bak kata orang tak berapa nak panas punggungla..gelak-gelak, huha huaha, nyanyi2 dalam keta, sembang-sembang dah sampai ke MIRI...dalam perjalanan tu kami singgah sekejap kat Batu Niah untuk buang air kecil..Tempat persinggahan ini merupakan simpang ke GUa NIAH..tapi kami tak pegila..Ikut hati mmg nak g tapi almaklumla ikut orang...

Ni adalah tempat pertama yang aku singgah dekat MIRI...Namanya aku tak ingat tapi singgah kat sini cuma nak ke tandas...walaupun cuma singgah sekejap tapi tapi pemandangan agak menarik dan boleh menenangkan jiwa...kih kih
















Kemudian kami meneruskan perjalanan pegi sarapan kat Fast Food Restoran kat bandar MIRI sebelum ke hotel untuk check in...Kami check in di Hotel PARKCITY MIRI...Agak menarik walaupun bukan 5 star tapi cukup selesa bagi aku jenis orang yang mmg tak kisah ni ar..klu nak g MIRI boleh check in kat hotel ni harga satu malam RM 150 lebih sikit je..tak mahal kalu g ramai boleh sumbat 4 orang. sebab de 2 katil king..n kalu nak bawak toto pun boleh sumbatla sampai 6-7 orang...belasah je. Tapi RM 150 ni tanpa makan la..makan kat luarla..

Nila hotel PARKCITY MIRI ni..





















De swimming pool dan gim.. ni yang paling aku suka kihhhh aku banyak menghabiskan masa kat hotel ni je berbanding ngn jalan sebab aku suka ngn swimming pool hehhe...





























Tapi sepanjang 2 hari satu malam di Miri tak banyak tempat2 yang menarik2 yang aku lawati...tapi sepanjang 2hari satu malam di MIRI cukupla hampir semua tempat shoping mall kat sini aku dah pegi...Ni antara shopping mall yang de kat MIRI dan aku rasa seronok bershoping kat sini...bak kata orang tak bosanla..

1. Boulevard Shopping Complex-ni shopping mall yang paling best kat MIRI..walaupun aku mmg bukan jenis suka bershoping tapi aku rasa tempat ni best...tak taula kenapa??? heheh












 2. Bintang Megamall-bintang mall pun best...
3. Imperial Shopping Mall
4. Miri Plaza
5. Miri Square
6. Wisma Pelita Mall
7. Merdeka Mall
8. Myy Mall
9. Senandin Mall
10. Permy Mall

Tapi aku cuma pegi sampai yang no 6 tu je..tu pun dah letih sangat sampai nak tercabut kaki dan badan pegi bershoping...tapi tak banyak sangat beli barang..just tgk2 je cuci mata...Sebenarnya nak g kat Kedai Kraftangan tapi kedainnya tutup sempena sambutan tahun baru cina...Tauke nak raya kot kihkih..

Kos perjalanan pegi dah balik duit dari bintulu ke Miri hotel dan duit minyak pegi dan balik dibahagi ngn 4 orang tidak temasuk makan dan minum lebih kurang RM 60 seorang untuk 2 hari 1 malam..walaupun rasa nak tambah hari tapi cukupla tu..nnti boleh pegi lain kali..

tapi niat hati nak g MIRI lagi nak pegi berjalan tempat2 menarik kat MIRI ni selain shopping mall...tak nak pegi shopping dah...so kali ni aku pastikan semua tempat yang aku nak g dapat aku pegi...mudah2an..

ANDA BOLEH LAWATI DISINI UNTUK LEBIH MAKLUMAT http://notakhbnjalannmakan.blogspot.com/2013/06/tempat-menarik-di-mirisambungan.html

No comments:

Post a Comment