Saturday, March 5, 2011

Tempat Menarik di SIBU

Sibu adalah salah satu tempat di Sarawak yang juga di panggil HONG KONG MALAYSIA sebab majoritinya penduduknya adalah berbangsa cina..Sebelum aku g SIBU ni mmg ramai ckap sibu ni tak best...tapi best ke tak???

So lepas balik dari MIRI aku tak nak duk kat umah so aku decide g SIBU walaupun jalan yang bertentangan MIRI ke utara n SiBU ke selatan aku tetap nak g..aku pegi berseorangan ke Sibu..sebb kawan aku mmg tak nak g katanya duit dah kering..So aku wat keputusan pegi ke Sibu menaiki bas...jarak ke dari Bintulu ke Sibu dalam 207KM lebih kurang camtula jarak dier..dengan menaiki bas ekpress ambik masa 3jam 30minit naik sumbat jugak aku duk bas,,walaupun panggil bas ekpress tapi basnnya buruk kerusi pun tak boleh adjust...dengan jalan nak ke sibu dari bintulu mmg teruk..sakit2 badan dibuatnya tapi pengalaman..So tambang dari Bintulu ke Sibu menaiki bas RM 20 tapi balik mahal sikit RM 25 sebab bas dier ok sikit siap de Tv lagi...

perjalanan bermula pada pukul 11 pg..n dier berhenti sekejap kat perhentian selangau dalam masa 20minit..sempatla aku meninjau sikit keadaan kat perhentian bas selangau ni..hahahah huduh muka aku masa ni...kepenatan dan kepanasan...tapi aku tetap rasa seronok kih kih..nak sampai selangau ni dalam masa 1jam 30minit...jalan dari tatau mmg teruk betull..

Selepas 20 minit perjalanan di teruskan ke sibu..Hampir 2jam dalam bas aku pun sampai ke stesen bas sibu..stesen bas sibu macam stesen bas biasa je..So aku pun naiki teksi ke Sekolah Methodist untuk jumpa kawan yang telah menunggu aku...dier nak ambik aku ke stesen bas tak tau jalan, so aku naik teksi ke sekolah dier..kos teksi dari stesen bas ke smk methodist rm 10.. Petang aku rehat dulu umah my friend..tido dulu...ingat keesokkan harinya baru aku nak gerak...tapi malam tu kami dah start berjalan di tanah Sibu...mula kami makan malam nasi ayam penyet...atau kat sini dier panggil nasi lelapan..makanan orang jawa la ni..









Nasi lelapan






1) Lepas tu aku mulakan perjalanan ke tempat menarik di Sibu yang pertama iaitu tapak pasar malam sibu..macam pasar malam biasa tapi aku hepi je..macam2 jenis barang dier jual..dari makanan sampaila ke beg dan aksesori...yang paling lawak kawan aku tanyer gelang tangan silver berapa harganya...penjual tu cakap RM 200 terbeliak biji mata...baik beli mas kih kih...so pasar malam sibu ni dibuka dari petang sampai malam..dari hari isnin hingga ahad..setiap hari..best ar pasar malam ni...




































2) Seterusnya aku berhenti sekejap kat Sibu heriatage..tempat ni merupakan dewan bandar Sibu..rekabentuk yang menarik...cantik..walaupun aku tak dapat masuk dalam sempat bergambar kat luar je...tempat ni berdekatan dengan tapak pasar malam sibu tadi jalan kaki tak sampai 2minit...just tgk2 okla..ni masa aku g masih dalam pembinaan. kos yang dianggar untuk bina hall ni lebih daripada RM1.3mil..
















3) Kemudian perjalanan diteruskan ke Tokong Tertua Di Bandar Sibu. Dipercayai berusia lebih daripada 100 tahun. Tokong ni lupa namanya...kebetulan malam tahun baru cina...jadi ramaila orang cina yang mnyambut tahun baru cina datang ke tokong ni untuk bersembahyang dan membuat hajat. So kami datang tepat pada masanya...masa ni tokong ni mmg tengah meriah..kami just menikmati jela kih kih..



































4) Pastu gerak lak ke Yu's Dolphin Mascot dekat Jln Chamber Sibu..tempat ni dibina bertujuan untuk mengalakan pelancong datang ke Sibu..aku suka tempat ni comel sgt2 kihkih






















5) Continue plak kat tempat ni tak tau nama pe tapi die dekat nagn pintu gerbang Ke SIBU.kat sini ade tugu besar angsa..dan keliling dier ade tugu kecil haiwan2 yang mewakili tahun cina..kebetulan pada tahun baru cina ialah tahun arnab so tugu arnab dihias dengan lampu2 dengan sedikit menarik berbanding ngn haiwan lain..
















6) ni mcm kat shah alam tu I-city..kat sini nk saja je suka2 je nak ambik gambar..
















7) Kemudian kami dataran Sibu...melepak je kat sini sambil tgk2 orang. Dah lama xtenangkan fikiran mcm ni selama duk kat sarawak ni..kalu kat bintulu xde tempat camni..klu kat semenanjung dulu aku selalu wat aktivi mcm ni kat titiwangsa atau msa duk kat johor kat danga bay...akan de satu masa untuk layan perasaan...tempat camnila yang buat aku relax selain kat pantai..




































8)Malam ni adalah malam tahun baru cina jadi...saksikan kemeriah sambutan tahun baru cina di Sibu mmg sangt2 meriah..best sangat tgk bunga api...habis mcm perang dunia ketiga meletus dengan dentuman bunga api yang berwarna warni...asap bunga api menyelubungi bandar sibu..pengalaman menyambut tahun baru semeriah ni mmg tak sama macam kat semenanjung..hampir 1 jam aku tgk bunga api tak berhenti2 tak tau nak tgk yang mana..aku de rakankan video tapi xboleh nak upload..
















9) Keesokkan adalah tahun baru cina..so aku plan ke rumah kawan aku yek lek chiong yang sama2 belajar ketika kami di UTM dulu..kebetulan dier ade kat umah so kami pun beraya ke umah yek..selepas makan tengahari..dapat angpau lagi tu n buah limau yang banyak..
















10) Hampir setengah hari di rumah Yek kami pun bercadang bergerak.Kami pun ke wisma sayan untuk membeli belah..ini adalah di depan bangunan Sanyan shopping mall...wisma sayan adalah merupakan bangunan tertinggi di sarawak dan merupakan shopping mall yang terbesar di Sibu.






















11) Tempat menarik yang seterusnya dan terakhir aku di sarawak adalah di dataran sungai rejang...aku tak sure sgt nama tempat ni ..tapi yang pasti kami melepak di tepi sungai rejang sambil menikmati angin senja sampai la malam pastu terus g mkan malam n balik...mmg syok..

















12) sempat juga aku bergambar kat Lau King Howe hospital Memorial Meseum..saja nak ambik gambar kat sini sebab tempat dia cantik..tak masuk dalam pun just tgk dari luar je.
















Habis sudah pengembaraan aku ke SIBU...Kesimpulan hasil pemerhatian aku di Bumi Sibu dekat sini banyak tugu-tugu atau bangunan memorial yang dibina oleh badan2 persatuan..klau tgk bangunannya pun banyak yang dibina oleh badan2 berpersatuan. So apa yang aku nampak kat sini orang Sibu ni banyak terlibat ngan badan2 berpesatuan.
sebenar de lagi banyak tempat lain..tapi cukupla aku berhenti setakat ni..mana yang sempat je..just nak datang n tgk2 tempat orang je..Tapi apa yang boleh aku kata Sibu pun best gak...

Perjalanan ke MIRI

Pada minggu cuti sekolah yang lepas 31 Januari - 2 Febuari 2011 merupakan pengembaraan pertamaku di bumi Sarawak..Aku mmg takkan lepaskan peluang masa cutiku.Walaupun tanpa duit yang cukup tapi aku nekad aku tetap dengan keinginan aku untuk melawat salah satu tempat di Sarawak ni...

Pengembaraan pertamaku adalah ke MIRI..bersama kengkawan sekolahku K.ma, Azida, Sarini dan aku. Kami memulakan perjalanan dari Bintulu tepat pada pukul 8 pagi..hari yang mendung, tapi kenderaan berat kurang..Biasala ini jalan baru yang menghubungkan MIRI ke BINTULU jadi sudah semestinya ramai orang akan menggunakan jalan ini berbanding ngan jalan lama nak ke bintulu..aku tak penah lalu lagi tapi diorang kata jalan lama tu mmg teruk almaklumlah laluan kenderaan berat...Jalan baru pun stuktur jalan tak berapa best apalagi kalu jalan lama...

Perjalanan menggunakan kereta mengambil masa selama 2 jam 30 minit..not to bad..bak kata orang tak berapa nak panas punggungla..gelak-gelak, huha huaha, nyanyi2 dalam keta, sembang-sembang dah sampai ke MIRI...dalam perjalanan tu kami singgah sekejap kat Batu Niah untuk buang air kecil..Tempat persinggahan ini merupakan simpang ke GUa NIAH..tapi kami tak pegila..Ikut hati mmg nak g tapi almaklumla ikut orang...

Ni adalah tempat pertama yang aku singgah dekat MIRI...Namanya aku tak ingat tapi singgah kat sini cuma nak ke tandas...walaupun cuma singgah sekejap tapi tapi pemandangan agak menarik dan boleh menenangkan jiwa...kih kih
















Kemudian kami meneruskan perjalanan pegi sarapan kat Fast Food Restoran kat bandar MIRI sebelum ke hotel untuk check in...Kami check in di Hotel PARKCITY MIRI...Agak menarik walaupun bukan 5 star tapi cukup selesa bagi aku jenis orang yang mmg tak kisah ni ar..klu nak g MIRI boleh check in kat hotel ni harga satu malam RM 150 lebih sikit je..tak mahal kalu g ramai boleh sumbat 4 orang. sebab de 2 katil king..n kalu nak bawak toto pun boleh sumbatla sampai 6-7 orang...belasah je. Tapi RM 150 ni tanpa makan la..makan kat luarla..

Nila hotel PARKCITY MIRI ni..





















De swimming pool dan gim.. ni yang paling aku suka kihhhh aku banyak menghabiskan masa kat hotel ni je berbanding ngn jalan sebab aku suka ngn swimming pool hehhe...





























Tapi sepanjang 2 hari satu malam di Miri tak banyak tempat2 yang menarik2 yang aku lawati...tapi sepanjang 2hari satu malam di MIRI cukupla hampir semua tempat shoping mall kat sini aku dah pegi...Ni antara shopping mall yang de kat MIRI dan aku rasa seronok bershoping kat sini...bak kata orang tak bosanla..

1. Boulevard Shopping Complex-ni shopping mall yang paling best kat MIRI..walaupun aku mmg bukan jenis suka bershoping tapi aku rasa tempat ni best...tak taula kenapa??? heheh












 2. Bintang Megamall-bintang mall pun best...
3. Imperial Shopping Mall
4. Miri Plaza
5. Miri Square
6. Wisma Pelita Mall
7. Merdeka Mall
8. Myy Mall
9. Senandin Mall
10. Permy Mall

Tapi aku cuma pegi sampai yang no 6 tu je..tu pun dah letih sangat sampai nak tercabut kaki dan badan pegi bershoping...tapi tak banyak sangat beli barang..just tgk2 je cuci mata...Sebenarnya nak g kat Kedai Kraftangan tapi kedainnya tutup sempena sambutan tahun baru cina...Tauke nak raya kot kihkih..

Kos perjalanan pegi dah balik duit dari bintulu ke Miri hotel dan duit minyak pegi dan balik dibahagi ngn 4 orang tidak temasuk makan dan minum lebih kurang RM 60 seorang untuk 2 hari 1 malam..walaupun rasa nak tambah hari tapi cukupla tu..nnti boleh pegi lain kali..

tapi niat hati nak g MIRI lagi nak pegi berjalan tempat2 menarik kat MIRI ni selain shopping mall...tak nak pegi shopping dah...so kali ni aku pastikan semua tempat yang aku nak g dapat aku pegi...mudah2an..

ANDA BOLEH LAWATI DISINI UNTUK LEBIH MAKLUMAT http://notakhbnjalannmakan.blogspot.com/2013/06/tempat-menarik-di-mirisambungan.html