Monday, October 19, 2009

Akhlak Buruk, Kecelakaan Manusia

******Mengingatkan diri tentang akhlak ******

Akhlak yang terpuji tu menjadi salah satu yang amat dititik beratkan didalam islam. Tapi kadang-kadang kita sendiri terlupa tentang berakhlak mulia. kita nak orang berakhlak mulia ngn kita, tapi hakikatnya kita juga tak beraklak mulia dengan orang. Tapi bagi kita yang kurang terdidik dengan akhlak mulia, memang agar sukar membentuk diri kita seperti yang mahunya. Ia juga berlaku kepada diri aku sendiri selalu. Kadang tak dapat mengawal diri akhirnya bersikap marah2. Sebenarnya aku sedar benda ni tak sepatutnya aku lakukkan..kadang2 tu bila dah berlaku lepas tu mesti menyesal tak sepatutnya aku buat macam tu..Tapi tula kita ni manusia biasa tapi carilah penawar moga diri tak selalunya tersesat...berkenaan dengan akhlak ni bacalah seterusnya

Allah SWT telah memuji NabiNya serta menunjukkan nikmatNya terhadap Baginda SAW dalam firmanNya yang berbunyi:

ﻭﺇﻧﻙﻟﻌﻟﻰﺧﻟﻖﻋﻇ
Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang luhur
(Quran Surah al-Qalam ayat 4)

Telah berkata Siti Aisyah r.ha;
Adalah RasulAllah SAW itu berakhlaq al-Quran

RasulAllah SAW bersabda lagi;
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlaq

Telah bersabda RasulAllah SAW lagi;
Agama itu adalah kemuliaan akhlaq

****Dapat disimpulkan dari hadis diatas bahawasanya akhlak mulia melambangkan agama kita dan manusia yang sebaik2 akhlaknya dalah Rasulullah SAW. Yang mana akhlaknya itu seperti akhlak yang diterangkan dalam al-quran. Oleh itu, belajarlah contohilah sifat-sifat Rasulullah dan jadilah manusia yang sebetul2nya beragama****8

RasulAllah SAW pernah ditanya: Apakah kecelakaan itu? Baginda SAW menjawab: Kecelakaan itu ialah keburukan akhlaq.
Ketika RasulAllah SAW ditanya, siapakah diantara kaum mukminin yang paling utama keimanannya? Baginda SAW menjawab: Yang paling baik akhlaqnya.

Telah bersabda RasulAllah SAW kepada Abu Dzar r.a: Orang yang buruk akhlaqnya samalah seperti orang yang menganiaya dirinya.
Al-Fudhail berkata: Berkawan dengan orang yang derhaka tetapi baik akhlaqnya adalah lebih utama dari berkawan dengan orang yang abid (banyak ibadatnya) tetapi buruk akhlaqnya.

Al-Hasan Rahimahullah berkata: Akhlaq yang baik itu ialah menunjukkan wajah yang manis, suka membelanjakan harta kekayaan dan mencegah hal-hal yang boleh menyakiti hati orang lain. Pada peristiwa yang lain, al-Hasan berkata lagi; Akhlaq yang baik itu ialah mendapatkan keredhaan manusia dalam masa kesenangan dan masa kesusahan.

Akhlaq yang indah itu boleh diperolehi dengan cara latihan diri. Iaitu berpura-pura dengan memaksa diri berbuat semua perbuatan-perbuatan yang baik itu, sehingga lama kelamaan menjadi tabiat. Hal ini terkira antara keajaiban perhubungan diantara hati dan anggota-anggota, yakni yang dimaksudkan antara diri dengan badan. Maka tiap-tiap sifat yang timbul didalam hati, mestilah membawa pengaruhnya keatas anggota-anggota, sehingga tiada syak lagi bahawa semua anggota tidak akan bergerak melainkan menurut kemahuannya (hati).

Akhlaq yang baik itu juga boleh berlaku dengan mencontohi perbuatan-perbuatan yang baik orang ramai dan bergaul dengan mereka, kerana mereka itu adalah kawan-kawan yang menuntun kejalan kebaikan. Sebaliknya, jika seseorang itu menjadi jahat dalam tabiatnya, dan sering pula bercampur gaul dengan rakan-rakan yang buruk serta suka pula meniru perbuatan-perbuatan rakan-rakan yang jahat, maka akan terbukalah dihadapannya pintu-pintu kejahatan yang akhirnya akan membiasakan dirinya berbuat jahat. Maka celakalah dia kerana dia telah berada ditempat yang jauh dari Allah azzawajalla. Walaubagaimanapun, tiap-tiap orang mempunyai darjatnya yang tersendiri, antara dekat dan jauhnya (dengan Allah SWT) sesuai dengan sifat dan hal yang ada pada diri seseorang itu.

Barangsiapa membuat baik seberat zarah, Allah akan melihatnya, dan barangsiapa membuat jahat sebesar zarah, Allah akan melihatnya juga.
(Surah al-Zilzal ayat 7~8)
Allah tiada menganiaya mereka, melainkan merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
(Surah an-Nahl ayat 33)

*****Dapat disimpulkan disin betapa pentingnya berakhlak mulia. Ia melambangkan agama. Oleh itu, janganla kita mensia apa yang kita ketahui moga dapat kita berubah menjadi manusia yang lebih baik dimasa hadapan.


(Dipetik daripada terjemahan Kitab Mau’izahatul-Mu’minin susunan Syeikh Jamaluddin al-Qasimi daripada Kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali)

No comments:

Post a Comment