Menanti dan mencari...
Bukan semudah abc...
Di nanti-nanti belum tiba
Di cari-cari belum jumpa
Di masa tidak diperlukan ia hadir
Di masa ia perlukan ia hilang
Masa kalau dapat diputar semula
Masa depan andai dapat diramal
Maka saktila hamba..
Ada di depan mata
Tapi tidak dilihat
Ada dibelakang
Langsung tidak sedari
Yang jauh tidak dapat digapai
Yang dekat pun belum tentu jelas
Lelah rasa menanti
Di cari belum ditemui
Semuanya rahsia
Bilakah?
Dimanakah?
Siapakah?
Bagaimanakah?
Adakah?
Jangan berkeluh kesah
Masih ramai sepertimu
Penantian itu satu nikmat
Walaupun rasanya ke kadang perit
Yang jelas dia pasti datang
Kerana dia juga pasti menanti dan mencari
Jodohnya yang tak kunjung tiba
Sabarlah wahai hati
Bila masa waktu dan ketikanya
Yang di depan pasti dilihat
Yang belakang pasti disedari
Yang jauh pasti mendekat
Yang dekat pasti menjelas
Ya Allah aku mungkin bukan yang baik untuk masa lalu ku
Tapi jadikanlah aku yang baik di masa depanku
UntukMu, agamaMu dan untuk dia serta seluruh keturunanku
Amin Amin ya rabalallamin
MENJADI SATU...
Cahaya hati penunjuk sinar pada kealpaan. Agar yang gelap jadi terang, yang samar semakin jelas.Seluas mana kita melangkah, Setinggi mana kita mendaki, Sepantas mana kita berlari, Sedalam mana kita selami...Hati Ini Milik Tuhan Yang Esa. Sedikit renungan, sedikit pengalaman, sedikit ilmu, sedikit resepi, sedikit cerita, sedikit rasa menjadi satu
Sunday, May 4, 2014
Friday, July 12, 2013
Tempat menarik di Kundasang, Sabah
Dengan hati sedikit ralat kerana
tidak dapat menghabiskan masa yang banyak di Kundasang…separuh hari di
Kundasang langsung tidak mencukupi…paling2 anda perlu menginap di
Kundasang…seriously tempatnya memang menenangkan..sejuk dan nyaman..so I
sharela sikit tempat yang anda boleh pergi di Kundasang…ada tempat yang saya
plan nak pergi tapi tak sempat nak pegi...
On the way ke kundasangan anda boleh singgah
di RUMAH TERBALIK. Rumah ini memang di bina terbalik..Kami hanya
tengok dari luar je tak masuk pun..kalau nak masuk bayar RM 12.00 kalau tidak
salah saya..tapi kami adik beradik kejar masa untuk ke Kundasang..so kami
decided tak payah masuk tengok je dari luar.. Ramai jugak orang yang datang ke
sini untuk melihat keunikan rumah terbalik..Maaf ye tak dapat story apa yang
ada di dalamnya.
Kemudian kami berhenti di satu
pekan sebelum sampai Ke Kundasang…Nama pekan tu PASAR KUNDASANG…Wah kami bernasib baik walaupun dah lambat dalam
pukul 10 masih berjaya menikmati permandangan gunung kinabalu..Kata pakcik kat
situ..kalau lambat dan nasib tidak baik sikit je..xdapatla tengok puncak gunung
kinabalu..memang betul baru pukul 10.30pg awan dah mula menutupi puncak gunung
kinabalu..Nak kata rezeki kamila tu hehehe..Kat sini juga ada deretan gerai dan
banyak gerai menjual kraftangan dan cenderahati…
nah beronok-ronok kami adik beradik hahahha
Seterusnya kami singgah makan di PEKAN RANAU... sambil menikmati
keindahan pekan ranau..tak banyak yang boleh di ceritakan…nikmati aja..
TAMAN KINABALU wah..sangat-sangat segar rasanya..hahahah mmg best
sangat..udara yang segar dan nyaman..Masuk taman bayar k..saya tak ingat berapa
mungkin dalam RM 4.00 kalau saya tidak silap..tapi tiket ini jangan hilangkan
sebab kalau anda nak ke PORING HOT SPRING nnti pun kena bayar….Tetapi tiket di
Taman Kinabalu boleh guna untuk masuk ke Poring Hot Spring nnti..Kalau tidak
anda perlu bayar semula..jadi simpan tiket tu..
Perjalanan diteruskan ke PORING HOT SPRING. Ini adalah tempat
bermandi manda, air terjun dan ada kolam
air panas..ada macam-macam lagi.. Banyak kawasan
yang boleh dilawati kat sini.Tapi penat ooo nak pusing habis tempat ni..kalau nak ke air terjun
atau gua pastikan bawak baju spare hehehehe..
DAIRY FARM… Tempat ternakan lembu…diorang cakap macam berada di New
Zealand tau..nak sangat pergi tapi tidak kesampaian kerana betul-betul kesuntukan masa..jadi anda kalau
berkesempatan jangan tak pergi k..mesti pergi..kami hanya menikmati pemandangan
dari jauh je hehehe
KOLAM IKAN RANAU..ini pun antara tempat yang nak saya pergi tapi
tidak juga kesampaian..tapi takpe itu tandanya mesti kena datang lagi kundasang
untuk kali kedua..
Itu sahaja yang dapat dikongsikan..jadi kalau
datang ke Kundasang paling-paling tidola sehari dua k..banyak hotel yang ada
dekat situ..dan nikmatilah kesegaran udara di kundasang..menurut maklumat
pakcik yang bawak saya dan adik2..bila malam sgtla sejuk..dan bila bangun pagi
boleh lihat keindahan gunung kinabalu…wahhhhh bestnya…nak ke sana lagi…
andai ada tersalah silap dalam entri ini..maafkanlah akan diperbaiki dari masa ke semasa...SALAM RAMADHAN..SEMOGA SENTIASA DIBERKATINYA DIMANA SAHAJA KITA BERADA..AMIN...
Tuesday, June 11, 2013
Tempat menarik di Miri…sambungan Perjalanan Ke Miri
Sebenar dah lama saya nak buat
post ni…tapi macam tidak ada mood nak tulis…jadi hari ini saya nak kongsila
sikit-sikit tentang tempat-tempat menarik di Miri ini..walaupun dah ramai
kongsi tempat-tempat menarik di Miri ini saya nak jugak kongsi dengan anda-anda
semua…sebab saya nak hilangkan bosan saya…bosan konon padahal keja berlambak
nak buat..keja-keja memang tidak pernah berhenti selagi nyawa dikandung
badan..Jangan mengeluh kerana KERJA ITU
IBADAT..kalau tak kerja tak ada duit, tak ada duit tak bestla nak
berjalan-jalankan..kikiki…
Saya ini bekerja di Bintulu
hahahha… Di bintulu rasanya dah macam tak ada tempat dah nak hilangkan bosan…Jadi kalau nak hilangkan
bosan kat mirila tempat kami merendek mencari hiburan….Ok jangan baca yang
membebel tu. Terus jela ke tempat-tempat menarik di miri ni…
Kalau ke Miri saya dan kawan-kawan selalunya akan menginap di PARKCITY EVERLY HOTEL, Jalan Temenggong Datuk Oyong Lawai 98000, Miri Sarawak MALAYSIA Tel: (60)85 440 288 Fax: (60)85 419 999. Selesa ada 2 katil king dan harga tidak mahal sangat lebih kurang purata 160 macam tu je…selalunya kita orang pergi beramai2 duduk dalam satu bilik kikiki…ada kolam renang..tapi kalau budget kurang banyak lagi hotel murah serendah RM 40 dan keatas..
Okla seterusnya jom kita ke
tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati…
Gua Niah
Ini saya ada buat post
sendiri..boleh rujuk post Jom ke Gua Niah (post 2013) .. Ni laman web post ke gua niah
http://notakhbnjalannmakan.blogspot.com/2013/02/jom-ke-gua-niah.html?m=1
http://notakhbnjalannmakan.blogspot.com/2013/02/jom-ke-gua-niah.html?m=1
Taman Awam Miri
Mesti datang kalau ke Miri…ada titi gantung…ada taman permainan kanak-kanak…tengok
pemandangan…selalunya ramai yang datang taman awam miri ni sebab bawa anak-anak main air kat taman…tengokk gambar
jela tak payah baca banyak-banyak kikiki
Luak Bay (Esplanade)
Pantai ini jauh sikitla dari
Bandar Miri…Kalau memandu dari Bintulu akan lalu tempat ni dulu..lebih kurang
dalam 7km camtu jela dari Bandar Miri..Berdekatan dengan Intitusi Perguruan
Miri kalau tidak silap ingatan saya kikiki…jom tengok gambar-gambar model saya di Luak
Bay ni..
City fan Miri
Tempat ini terletak di
Perpustakaan Awam Miri..kenapa ia dipanggil “City Fan Miri” kerana taman ni
lanskapnya berbentuk kipas…maila ke sini luaskan pemandangan.
Seterusnya ini saya namakan ia
tiga serangkai..sebab tempat2 ini adalah 3 dalam 1..pegi salah satu tempat ini
mesti pergi tiga2 sekali..Kenapa saya panggil 3 serangkai sebab ketiga2 tempat
ini berada di Kanada Hill
Kanada Hill
with my lovely SONTO
The grand old lady
Muzium Petrolium Miri dan
DinoTrek2
Tempat apa ini??? Muzium la
hihihi
Anda boleh rujuk laman web ini
untuk maklumat lanjut..
Akhirnya kalau nak beli cenderamata anda boleh ke Miri kraf berdekatan
dengan Bintang Mall k..boleh cari..menjual pelbagai jenis cenderahati..saya pun
kalau ke Miri mesti pergi ke sini..kalau tak nak beli cuci mata je hehehe
Taman Buaya Miri
update info kiki baru-baru ini saya berkesempatan untuk ke Taman Buaya Miri (MIRI CROCODILE FARM). Jadi saya sharela dengan korang apa yang ada kat sini. Nak g taman buaya ni senang je. Korang ikut jalan nak ke pujut dari bulatan Boulevard tu terus je sampai nampak singbord nak ke MIRI CROCODILE FARM senangkan. Masuk bayar RM 18 untuk dewasa kanak den terlupo la pulak mungkin RM 10. Tempat ni boleh la tahan buaya besar-besar dan dia ada mini zoo juga. Nak cakap best xbest sangat nak cakap xbest pun boleh tahanla. Bawak anak-anak mungkin best kot. so tgk jela den ngan kengkawan ni..
update info kiki baru-baru ini saya berkesempatan untuk ke Taman Buaya Miri (MIRI CROCODILE FARM). Jadi saya sharela dengan korang apa yang ada kat sini. Nak g taman buaya ni senang je. Korang ikut jalan nak ke pujut dari bulatan Boulevard tu terus je sampai nampak singbord nak ke MIRI CROCODILE FARM senangkan. Masuk bayar RM 18 untuk dewasa kanak den terlupo la pulak mungkin RM 10. Tempat ni boleh la tahan buaya besar-besar dan dia ada mini zoo juga. Nak cakap best xbest sangat nak cakap xbest pun boleh tahanla. Bawak anak-anak mungkin best kot. so tgk jela den ngan kengkawan ni..
Bergambar dengan bear kena bayar RM 10
kitaorng hanya penumpang tak nak bayar RM 10 kikiki
Borneo Rainforest
Updated jugak.. saya telah menjelajahi Borneo Rainforest. Kalau nak ke sini kena ikut jalan lama nak ke miri atau bintulu k..Ada apa kat tempat ni..hutanla (back to nature) kat sini dia ada macam2 aktiviti hutan yang anda boleh buat..contohnya kayak, jungle trekking, pusing-pusing sungai guna bot, waterpark pastu aktiviti outdoor yang lain berkaitan dengan hutan. Tempat ini juga menyediakan perkhidmatan penginapan..best tau tempatnya. Disebabkan kesuntukan masa kami hanya singgah untuk main air. Jadi kami ambil pakej waterpark je dengan harga RM 35. Ada macam-macam pakej korang boleh lawati laman web ni untuk maklumat lanjut http://www.borneorainforestresort.com/ atau search je kat google borneo rainforest.
Air Terjun Lambir (Lambir Hills national
Park)
Banyak kali nak
pergi..tapi belum kesampaian. Nanti kalau ada kesempatan I share ngn u olls
Gua Mulu
Ini jauh sikitla dari Bandar miri. U
all kena naik kapal terbang kecik sebelum sampai ke Gua Mulu ini ye..Tapi kalau
nak pergi..boleh pergi under pakej... Kawan-kawan saya bagitau tempatnya
best..kalau nak ke sini lama2 duk Miri ok..
Thursday, May 16, 2013
Tempat menarik di Kuching
JOM JALAN KE KUCHING
Kali ini jom ke
kuching….Kali ni i nak share sikit tempat menarik yg
telah dilawati di sekitar kuching..sbnr bnyak tempat lagi utk dilawati tp tak sempat pergi sbb kesuntukkan masa.. Antara tempat menarik yang boleh dilawati ialah kampung Budaya, Taman Buaya, Taman Orang Utan Semenggoh n bnyk lagi.
I ke kuching ngn member, kami g berdua je..time
goodfriday..sarawakkan ada cuti goodfriday..so kmi pg naik flight dr Bintulu ke Kuching..tiket ni beli lama dah, Jun 2011 masa tu ada promotion rm 60 pegi
balik Kami travel April 2012 baru2 ni. Jadi klu nak bercuti naik flight rajin2
check air asia, kot2 kena pada masa ade promotion…
Sampai sana kami sewa keta sendiri malas nak naik teksi…keta
sewa ni i dapat daripada internet. Seminggu sebelum tu dah call dia n
bincang tentang harga..bolehla xmahal sgt n org yang hantar pun ok..org kata
mesra pelanggan..ari tu kita orng sewa viva manual RM 80 sehari..sepatutnya RM
160la kan sbb 2hari..tp sebab hari ahad yg kitaorang balik awal pagi so kira
xsampai 2hari penuh jd minta kurang…bagusnya dia bagi kami byr kurang sikitla tp xingt berapa
sbb my friend yg settle. Ini I share laman webnya http://cutidikuching.com/perkhidmatan-kami/kancil-850-ex/
Bab jalan kuching ni mmg outla..tp kami mengharapkan
GPS jela tp GPS kadang out juga. Sampai 3-4 kali sesat jalan. Jadi ikut
instinct jugala klu rasa dah serabut sgt ..Tp xdela sesat sampai xjumpa
jalan pulang. Kalau penginapan pulak mmg bnyak hotel kt sana..tp I pilih
Merdeka palace...booking awal2 la..
Terus ketempat-tempat yang menarik di kuching
Kat airport kuching ada satu kaunter Cuti2 Malaysia boleh minta map kat situ..tanya je mana2 staf dia nak minta map..dia akan tunjuk..then keta sewa pun I suruh hantar kat aiport
Kat airport kuching ada satu kaunter Cuti2 Malaysia boleh minta map kat situ..tanya je mana2 staf dia nak minta map..dia akan tunjuk..then keta sewa pun I suruh hantar kat aiport
.
Tempat pertama tuju ialah check in hotel at
Merdeka Palace
Situasi di lobi..lobi cantik..i suka..awal2 dh berpuluh pic kat lobi sahaja
Lepas rehat2 dan solat..tempat yg kami pegi
ialah Waterfront Kuching…tempatnya biasa je..ramai jugak orang duk beriadah
bersama keluarga kat situ..untuk rehatkan minda n badan sekejap best juga.
Inilah situasi di Waterfront Kuching
Dekat waterfront tu jugak ada di sediakan sampan
kecil untuk kita keseberang sungai..Hanya bayar RM 1 Ada apa kat seberang
sungai tu??..ada orang jual kek lapis lupa nama2 kedai dia. Tempat ini adalah tempat wajib klu g ke
kuching ni..tp pengajarannya jgnla pegi waktu pukul 4-5ptg panas yang amat..klu
nak sedap pergila waktu malam sbb sampan kecil tu akan beroperasi sampai pukul 12malam. Tapi nnti korang update sendirila takut waktu berubah.
Sampan yang digunakan dia pakai enjin bukan dayung tangan sahaja
Ni view dr seberang sungai
Diseberang sungai inilah banyak terdapat kedai yang menjual kek lapis sarawak macam2 jenis kek ada..ada banyak kedai lagi
Dah panas sgt xtahan kami masuk mall dia kat
parkson utk sejukkan badan sekejap..dekat2 situ gakla..beli jugala 2-3 helai baju..
Pakson berdekatan dgn waterfornt
Pastu teruskan ke tempat wajib seterusnya yg di
kenali sebagai Tugu Kuching. dekat je dr mall igtkan jauh siap buka GPS
je…pakai kaki sampai dr mall tu haha…tak adalah gah seperti yg digambarkan oleh
akal fikiran I ni hehe..tp oklah dah kata mmg niat nak tgk tempat orgkan..
Tugu kucing kebanggaan rakyat sarawak..ramai org datang tempat ni..duk berposing. Tugu kucing ini terletak di bulatan yang berhampiran dengan Sarawak Plaza, Parkson, Grand Margherita
Kemudian jalan sekitar tu je..xde pe2 pun…
Jalan2 nampak TOPSPOT tempat makanan laut yang best. so mlm dah aim nak g tempat ni..kawasan situ2 juga.
Malam
nak makan kat TOPSPOT ni mmg wajib g untuk pengemar makan laut..tapi hari
pertama xg pun xlarat sgt. Balik tido terus. Makan biskut je..tp malam kedua dapat
p sekejap.. mak aiii mmg meriah tp kami mkn biasa2 je xde selera sbb penat.
Then hari keesokkan harinya kami rancang ke
Serikin dimana bersempadan dengan indonesia. klu g serikin pegila pagi xla
panas sgt..tp ari kita g lambat bab sarapan dulu..gerak dr hotel pukul 8.30
pastu sesat sampai pusing Bandar 3-4kali hmpir sejam..pastu sampai dah pukul
nak dekat pukul 10..tempat membeli belah wajib klu ke kuching..mak aiii g sini spentla
duit banyak..xcukup duit rasa berborong…mcm2 de..dia lebih kurang mcm kat wakaf
che yeh kt Kelantan tu..klula xmikir balik naik flight mmg pulun
habis jwbnya..
Ikut signbord ke BAU/KG SERIKIN kat GPS xdapat search nak ke serikin. so kami ikut GPS sikit mana yang boleh dan tanya org jugala jln nak serikin ni. Sbb jauhla juga lebih kurang 1 jam la dr Bandr kuching takut jugak terlajak kemana2 nnti payah pulak
Nah ambik ko bershopping xigt penuh tangan ngn barang
Balik tu igt nak terus g muzium tp balik dulu la
hotel..pastu ptg sikit dlm pukul 4 br g muzium sempat lagi tu..pastu pusing2
igtkan muzium tu jauh..sbb ikut GPS tu pusing2 tah kemana last jumpala muzium
tu…rupa2 muzium tu sebelah je ngn hotel Merdeka Palace tu…pastu dah tutup pulak
mmg rasa menyesal sgtla..klu tahu sedekat tu balik dr serikin tu terus je g
dekat sgt jln kaki pun boleh..dahla time tu ada pameran…tapi xpela menyesal mcm
mn pun perjalanan mesti diteruskan.
so kawan2 yang nak pegi jln jgn lupa dan i igtkan muzium ini bersebelahan dengan hotel MERDEKA PALACE ye.
Tempat terakhir yg kami pergi sebelum balik ialah ke pasar satok..tempat wajib
lawat jugak ni..mcm2 de..pasar yg jual ikan terubuk murah222 crila disini..n
kek lapis serta barang kraftangan..buah2..makanan...semua ada..
Antara barang kraftangan yg di jual mcm2 ada..
Lepas dr Pasar satok kami makan then g ke waterfront untuk menikmati pemandangan di waktu malam..pastu g stadium sarawak nak tgk SARAWAK vs KELANTAN utk pertandingan bola sepak..tp time kami sampai permainan dah habis (ini perancangan last minit)...tp utk makluman, kami dapat jumpa ngn pemain kelantan n sempatla berborak dengan diorang sbb dia duk hotel yang sama ngn kami..berborak xigt dunia macam dh knl lama..siap ajak lepak makan sekali tp kami segan lgpun kami anak dara sunti tau..kena jual mahal sikit hehehe..
Jadi SELAMAT BERJALAN UNTUK SAHABAT-SAHABAT yang membaca
Thursday, May 2, 2013
Nota KHB masakan (Ting 2)
BAB 4: MASAKAN
A. PERANCANGAN
MENU
-
Menu ialah suatu senarai hidangan yang
lengkap untuk sesuatu hidangan.
-
Tujuan utama merancang sesuatu menu:
a.
menyediakan makanan yang berkhasiat, menarik,
seimbang dan menyelerakan.
b.
menjimatkan tenaga, kos, bahan makanan dan masa
penyediaannya.
c.
Mengelakkan pembaziran perbelanjaan.
B. FAKTOR MERANCANG MENU
Bil
|
Faktor merancang menu
|
Penerangan
|
1.
|
Tujuan Sajian
|
samada untuk majlis formal atau tidak
formal
|
2.
|
Keperluan
Fizikal
|
bekalan nutrien untuk setiap individu ikut umur,
jantina, pekerjaan
|
3.
|
Kegemaran
Individu
|
individu mempunyai selera yang berbeza
|
4.
|
Keseimbangan
Hidangan
|
variasi warna, bau, rasa, kaedah dan tekstur
|
5.
|
Sumber
|
kewangan, bahan segar, tenaga kerja, masa
dan kemahiran
|
6.
|
Bilangan
Tetamu
|
kuantiti makanan
bergantung kepada bilangan tetamu
yang hadir
|
7.
|
Perbelanjaan
|
kos perbelanjaan bahan mentah, upah, liabiliti
|
C. MAKSUD
HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP
1.
Hidangan yang mempunyai semua
nutrien yang lengkap untuk tubuh badan.
D.
CONTOH HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP
1.
Nasi goreng, mee goreng, bihun sup
2.
Burger, pizza, speghati, pasta,
hot dog
3.
Nasi kerabu, lontong, laksa
Sarawak
E. ALATAN
DAN KELENGKAPAN DAPUR
1.
Penggunaan alatan dan kelengkapan dapur yang
sesuai akan memudahkan proses penyediaan makanan.
2.
Alatan kelengkapan dapur secara umumnya terbahagi
kepada 3 peringkat:
a.
Semasa penyediaan memasak
b.
Semasa memasak
c.
Semasa menghidang
F. ETIKA
MAKAN
1.
Merupakan peraturan atau tatacara yang baik dan
perlu diamalkan semasa makan di meja makan.
G. ADAB DAN SOPAN YANG PERLU DIAMALKAN SEMASA
MAKAN:
1.
Duduk dengan postur yang baik. Badan tidak
membongkok dan kaki dirapatkan.
2.
Letakkan napkin atau servit di atas riba.
3.
Tunggu semua orang berada di meja makan sebelum
mula makan.
4.
Selalu layan tetamu atau orang yang lebih tua
sebelum mula makan.
5.
Ambil makanan yang secukup sahaja supaya orang
lain juga dapat rasainya.
6.
Suap makanan sedikit demi sedikit ke mulut.
Jangan makan dengan gelojoh
7.
Kunyah makanan dengan perlahan tanpa membuka
mulut.
8.
Jangan bercakap apabila mulut penuh dengan
makanan.
9.
Berbual dengan lemah lembut dan cakap tentang
perkara yang baik sahaja.
10.
Elakkan daripada berdiri untuk mengambil
makanan. Minta bantuan orang yang berdekatan untuk menghulurkan makanan
tersebut.
11.
Jangan tiup makanan yang panas. Biarkan makanan
sejuk dahulu.
12.
Gunakan kutleri dengan betul dan rapatkan
setelah selesai makan
Subscribe to:
Posts (Atom)