Tuesday, June 11, 2013

Tempat menarik di Miri…sambungan Perjalanan Ke Miri




Sebenar dah lama saya nak buat post ni…tapi macam tidak ada mood nak tulis…jadi hari ini saya nak kongsila sikit-sikit tentang tempat-tempat menarik di Miri ini..walaupun dah ramai kongsi tempat-tempat menarik di Miri ini saya nak jugak kongsi dengan anda-anda semua…sebab saya nak hilangkan bosan saya…bosan konon padahal keja berlambak nak buat..keja-keja memang tidak pernah berhenti selagi nyawa dikandung badan..Jangan mengeluh kerana KERJA ITU IBADAT..kalau tak kerja tak ada duit, tak ada duit tak bestla nak berjalan-jalankan..kikiki…

Saya ini bekerja di Bintulu hahahha… Di bintulu rasanya dah macam tak ada tempat dah nak hilangkan bosan…Jadi kalau nak hilangkan bosan kat mirila tempat kami merendek mencari hiburan….Ok jangan baca yang membebel tu. Terus jela ke tempat-tempat menarik di miri ni…

Kalau ke Miri saya dan kawan-kawan selalunya akan menginap di PARKCITY EVERLY HOTEL, Jalan Temenggong Datuk Oyong Lawai 98000, Miri Sarawak MALAYSIA Tel: (60)85 440 288 Fax: (60)85 419 999. Selesa ada 2 katil king dan harga tidak mahal sangat lebih kurang purata 160 macam tu je…selalunya kita orang pergi beramai2 duduk dalam satu bilik kikiki…ada kolam renang..tapi kalau budget kurang banyak lagi hotel murah serendah RM 40 dan keatas..

Okla seterusnya jom kita ke tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati…

Gua Niah
Ini saya ada buat post sendiri..boleh rujuk post Jom ke Gua Niah (post 2013) .. Ni laman web post ke gua niah
  http://notakhbnjalannmakan.blogspot.com/2013/02/jom-ke-gua-niah.html?m=1

Taman Awam Miri
Mesti datang kalau ke Miri…ada titi gantung…ada taman permainan kanak-kanak…tengok pemandangan…selalunya ramai yang datang taman awam miri ni sebab bawa anak-anak main air kat taman…tengokk  gambar jela tak payah baca banyak-banyak kikiki




Luak Bay (Esplanade)
Pantai ini jauh sikitla dari Bandar Miri…Kalau memandu dari Bintulu akan lalu tempat ni dulu..lebih kurang dalam 7km camtu jela dari Bandar Miri..Berdekatan dengan Intitusi Perguruan Miri kalau tidak silap ingatan saya kikiki…jom tengok gambar-gambar model saya di Luak Bay ni..




City fan Miri
Tempat ini terletak di Perpustakaan Awam Miri..kenapa ia dipanggil “City Fan Miri” kerana taman ni lanskapnya berbentuk kipas…maila ke sini luaskan pemandangan.


Seterusnya ini saya namakan ia tiga serangkai..sebab tempat2 ini adalah 3 dalam 1..pegi salah satu tempat ini mesti pergi tiga2 sekali..Kenapa saya panggil 3 serangkai sebab ketiga2 tempat ini berada di Kanada Hill

Kanada Hill
Di Kanada Hill  anda akan menikmati seluruh Bandar miri dari atas bukit…saksikanlah

with my lovely SONTO

The grand old lady
Telaga minyak yang pertama di Malaysia. Kenangilah kesan tinggalannya



Muzium Petrolium Miri dan DinoTrek2
Tempat apa ini??? Muzium la hihihi
Anda boleh rujuk laman web ini untuk maklumat lanjut..
Akhirnya kalau nak beli cenderamata anda boleh ke Miri kraf  berdekatan dengan Bintang Mall k..boleh cari..menjual pelbagai jenis cenderahati..saya pun kalau ke Miri mesti pergi ke sini..kalau tak nak beli cuci mata je hehehe
Taman Buaya Miri
update info kiki baru-baru ini saya berkesempatan untuk ke Taman Buaya Miri (MIRI CROCODILE FARM). Jadi saya sharela dengan korang apa yang ada kat sini. Nak g taman buaya ni senang je. Korang ikut jalan nak ke pujut dari bulatan Boulevard tu terus je sampai nampak singbord nak ke MIRI CROCODILE FARM senangkan. Masuk bayar RM 18 untuk dewasa kanak den terlupo la pulak mungkin RM 10. Tempat ni boleh la tahan buaya besar-besar dan dia ada mini zoo juga. Nak cakap best xbest sangat nak cakap xbest pun boleh tahanla. Bawak anak-anak mungkin best kot. so tgk jela den ngan kengkawan ni..

 

Bergambar dengan bear kena bayar RM 10
kitaorng hanya penumpang tak nak bayar RM 10 kikiki

Borneo Rainforest
Updated jugak.. saya telah menjelajahi Borneo Rainforest. Kalau nak ke sini kena ikut jalan lama nak ke miri atau bintulu k..Ada apa kat tempat ni..hutanla (back to nature) kat sini dia ada macam2 aktiviti hutan yang anda boleh buat..contohnya kayak, jungle trekking, pusing-pusing sungai guna bot, waterpark pastu aktiviti outdoor yang lain berkaitan dengan hutan. Tempat ini juga menyediakan perkhidmatan penginapan..best tau tempatnya. Disebabkan kesuntukan masa kami hanya singgah untuk main air. Jadi kami ambil pakej waterpark je dengan harga RM 35. Ada macam-macam pakej korang boleh lawati laman web ni untuk maklumat lanjut http://www.borneorainforestresort.com/ atau search je kat google borneo rainforest. 



Air Terjun Lambir (Lambir Hills national Park)
Banyak kali nak pergi..tapi belum kesampaian. Nanti kalau ada kesempatan I share ngn u olls

Gua Mulu
Ini jauh sikitla dari Bandar miri. U all kena naik kapal terbang kecik sebelum sampai ke Gua Mulu ini ye..Tapi kalau nak pergi..boleh pergi under pakej... Kawan-kawan saya bagitau tempatnya best..kalau nak ke sini lama2 duk Miri ok..