Saturday, April 27, 2013

Kota kinabalu, Sabah...jalan bahhhh



 Hari ketiga sambung next entri..

Kali ini, saya nak kongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya di Kota Kinabalu dan kundasang.
Saya pegi ke sabah pada akhir tahun 2012 selama 3hari 2malam. Sejujurnya 3 hari 2malam memang tidak cukup untuk pergi dua tempat berasingan. kalau nak pegi kundasang ambilla masa lama sikit baru banyak tempat boleh diterokai.

Kalau nak ke sabah untuk lawatan  tidak perlu risau samada nak buat passport atau tidak. Sekiranya tidak lama dia kan bagi pas lawatan. Jadi pas lawatan tu kena simpan betul-betul. Tapi klu ada passport tunjukkan je passport tu.

Saya menginap di Tune Hotel tapi buat pengetahuan semua tune hotel ini sebenarnya jauh sikit daripada Bandar Kota Kinabalu. Jadi sekiranya  u all nak sewa hotel lebih baik cari yang dekat2 dengan Bandar Kota Kinabalu. Jadi nak jalan-jalan tidak perlu naik kereta jalan kaki je dah boleh pergi beberapa tempat di Kota Kinabalu.. Tapi klu menginap di Tune hotel pulak hanya bersebelahan dengan One Borneo Mall dan berdekatan dengan Universiti Malaysia Sabah. UMS antara universiti tercantik di Asia tapi sayang tak sempat singgah.

Kalu nak sewa kereta sya dapat daripada En Jamal.. ni saya share no phone dia 0168106664..sy dpt no ni pun dari internet.  Service baik punye

Seterusnya om ke tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu

Hari pertama-sesat sebab GPS hang…serabut sangat mana nak pergi…hahahah tanyala orang
.          
           Pantai Tanjung Aru.........Tapi tempat ni siang tutup hanya boleh menikmati keindahan kawasan sekitarnya sahaja. Tak ada apa-apa pun..Orang pun tak ada waktu siang. Tapi malam ada tempat makan makanan laut sedap beb..tapi xdapatambil gambar waktu malam sebab waktu tertinggal kamera dalam kereta..Tempat ini dekat je dengan terminal Air Asia..

          Muzium Sabah....Muzium sabah macam muzium biasala ok jugakla untuk kita dapat tahu tentang budaya masyarakat di Sabah..Beroperasi setiap isnin hingga ahad (9.00 pagi-5.00 petang). Bayar RM 2.00 dewasa, RM 1 untuk kanak-kanak

       Kampung Warisan..........Kampung Warisan dalam satu kawasan dengan Muzium Negara. Jadi kalau ke Muzium Negara teruslah terokai Kampung Warisan. Terdapat pelbagai jenis rumah tradisional pelbagai kaum yang berada di Sabah 



     One Borneo Hypermall......lepas balik dari Kampung Warisan terus cari hotel. Susah betul cari Tune Hotel. Tapi akhirnya sampai juga ke Hotel dekat sangat dengan UMS rupanya..Malam tu terusla lepak di One Borneo Mall dan cari makan kat situ. Mak aiii besar sangat mall ni, penat ooo nak berjalan. Sesiapa yang suka shopping-shopping maila mall ni. Disebabkan penat jadi kami hanya jalan-jalan cari baju sikit..kemudia balik tidoooooooo..Tune Hotel Sebelah Je One Borneo kikiki
Masa ni nak sambut krismas memang meriah 



 Hari Kedua – Plan dah nak ke Pulau-pulau di Sekitar Kota Kinabalu
  
          Jesselton Point.....Nak ke pulau pertama sekali carilah tempat ni. Kalau tidak jumpa tempat ni tidak dapatla nak ke pulau sebab disinila tempat jualan tiket bot nak ke pulau-pulau. Tetapi sesiapa yang menginap di Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu dia ada sediakan pakej nak ke pulau-pulau ni cuma mahal sikit la kottt…heheh..Kecil je tempat ni hampir tidak perasan kewujudannya heheh.
.



      Taman Tunku Abdul Rahman (Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Gaya)..Naik Bot untuk 4 orang saya spent RM 200.00 untuk pergi ke dua pulau iaitu pulau manukan dan pulau  sapi termasuk sewa 3 biji google dengan  2 life jaket untuk berenang. Kongsi2 je adik-adik .Sebenarnya kalau pergi satu keluarga boleh sewa satu bot..lebih murah sikit..

Pulau manukan





Pulau Sapi 





      Pasar Pilipino....serius best betul tempat ni…pegila beli mutiara dan pe2 cenderhati yang u all nak beli..tpi jangan pegimalam sangat sebb dia akan tutup dalam pukul 10.00..kalau pukul 10.00 dah banyak kedai yang dah tutup…best giler2..Cuma ruginya I xbawak kamera dan masa tu dah penat sangat lepas bermandi manda so xingat langsung nak ambik gambar..ulang semula serius saya suka..tapi tak tahula u all suka ke tak?? Tapi saya suka sgt…pegi jangan tak pegi rugi beb..

     Last sekali sebelum balik kami lepak di SIGNAL HILL OBSERVATORY TOWER OF KOTA KINABALU..memerhatikan keindahan malam Kota Kinabalu... not bad best juga...mai2 jangan tak mai