Sunday, February 7, 2010

kesilapan jadikan pengajaran







Tamatla perjalanan kem Bina Insan Guru aku hari ini. Aku rasa banyak yang aku pelajari dalam kem ni. Kem ini sebenarnya adalah Kem yang bermatlamat untuk mendedahkan kepada bakal guru tentang aktiviti out door dan tahu tentang pengurusan aktiviti ini supaya membolehkan kita manfaatkannye sewaktu disekolah.

Walaupun dalam masa 3 hari, namun ia merupakan hari yang sedikit banyak memberi pengalaman dan pengajaran hasil daripada kesilapan yang kadang kala kita melakukannya secara tak sedar. oleh itu, seada-adanya yang mungkin cara memberbaiki kesilapan adalah muhasabah diri dalam membina jati diri sebagai manusia.Bagi pendapat aku, kesilapan tu sesuatu yang biasa bagi seorang manusia. Bak katanya, tiada manusia yang sempurna. Tapi klu kesilapan yang sama berulang-ulang kali payah jugak nak cerita tu...naik angin jugak klu aku...

selain itu, pengalaman hasil kesilapan tu juga boleh kita jadikan sandaran dalam proses kita mematangkan diri.

Secara tak langsung, beberapa perkara yang aku dan orang lain mungkin lupa tapi melalui perkhemahan ini membuka sedikit ruang untuk aku dan rakan-rakan membuka mata dan minda berfikir tentang sesuatu perkara. Antara yang aku dapat kongsikan disini adalah

1. ketaatan kepada ketua
- Ketua adalah orang yang mesti kita hormati. selaku anak buah mesti patuh kepada arahan yang diberikan oleh ketua. Perangai menjawab arahan ketua memang tak sepatutnya berlaku. Oleh itu, seorang ketua mestilah diikuti arahannya selagi ia tidak melanggar syarak.
- Namun, ketua pun haruslah menunjukkan sikap yang matang dalam menghadapi kerenah anak buah bawah jagaannya. Ketua juga perlu bersikap seorang ketua dgn sebaik2nya. jangan mahu diri dihormati ttapi dia tidak menghormati anak buahnya.Disini saling hormat menghormati untuk mewujudkan hubungan antara ketua dengan orang bawahannya.
"Bak katanya, yang tua dihormati, yang muda disayangi"

2. Menepati masa
- Displin yang perlu diterapkan adalah menetapi masa. Dalam perkhemahan masa
merupakan perkara yang perlu diutam tetapi selalu diabaikan. Cuba ubah sikap ini


3. Kerjasama dalam satu kumpulan
- kerjasama memainkan peranan yang penting dalam perkhemahan.


4. Tanggungjawab
- jangan melengah2kan satu tanggungjawab. Kerana tanggungjawab adalah satu amanah